12 November 2010

Tahniah Kepada Pemenang Pertandingan Zon dan Sudut 5S Terbaik



Terlebih dahulu blogmaster memohon maaf kerana baru berkesempatan mengemaskini blog ini untuk mengumumkan keputusan pemenang Pertandingan Zon 5S Terbaik dan Sudut 5S Terbaik seperti yang dijanjikan.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana pemenang pertandingan itu telah dilaksanakan dengan lancar dan keputusannya telahpun diketahui ramai yang mana penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Yang Berbahagia Dato' Zainol Othman, TKSU Kanan pada 10 November.

Berikut adalah keputusan "top three" bagi pertandingan itu. Keputusan penuh bagi semua zon akan dikemaskini kemudian.
 
Pertandingan Zon 5S Terbaik:

Zon Terbaik Pertama - Zon Kyara (Seksyen Pengurusan Sisten Maklumat, Bahagian Khidmat Pengurusan)


Zon Terbaik Kedua - Zon Kristal (Bahagian Audit Dalam, Blok B8)


Zon Terbaik Ketiga - Zon Opal (Bahagian Audit Dalam, Blok B7)



Pertandingan Sudut 5S Terbaik:

Sudut 5S Terbaik Pertama - Zon Nilam (Bahagian Kewangan)


Sudut 5S Terbaik Kedua - Zon Moonstone (Bahagian Inovasi dan Pengurusan Sumber Manusia)


Sudut 5S Terbaik Ketiga - Zon Kristal (Bahagian Audit Dalam (Blok B8)



Tahniah dan syabas kepada pemenang. Kepada yang "tidak menang" anda juga telah menang dan akan menyumbangkan kemenangan ke arah persijilan amalan 5S PAJPM akhir bulan ini nanti, insyaAllah. 



5S hanya berjaya jika ada istiqamah dalam melaksanakannya

"SHITSUKE"






Tiada ulasan:

Catat Ulasan