20 Januari 2016

PERTANDINGAN REKA CIPTA LOGO EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) JPM

Salam sejahtera,

JPM sedang dalam usaha untuk melaksanakan peralihan daripada Sistem Amalan 5S kepada EKSA. Justeru, dimaklumkan bahawa Pertandingan Reka Cipta Logo Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) JPM akan dilaksanakan sehingga 28 Januari 2016 (Khamis).

Penyertaan adalah terbuka kepada seluruh warga JPM dan bagi mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan ini bolehlah mengisi borang seperti yang telah dilampirkan dan dikembalikan kepada urus setia melalui alamat e-mel firdaus.hashim@jpm.gov.my atau hasahul@jpm.gov.my.



LAMPIRKAN LOGO ANDA
 BERSERTA DESKRIPSI LOGO