29 November 2010

Jawatankuasa Induk Puas Hati Dengan Persiapan Pra-Audit Persijilan 5S

Jawatankuasa Induk Amalan 5S PAJPM yang bermesyuarat petang ini berpuashati dengan persiapan PAJPM untuk menghadapi pra-audit persijilan 5S yang akan dilaksanakan oleh MPC minggu depan (pra-audit itu sepatutnya diadakan minggu ini - 29-30 November, tetapi ditunda disebabkan pihak MPC terlibat dengan konvensyen 5S peringkat kebangsaan).

Berdasarkan persiapan itu, Encik Mohtar Mohd Abd Rahman, SUB (S) merangkap Pengerusi JK Induk Amalan 5S PAJPM, yang mempengerusikan mesyuarat JK Induk 5S sebentar tadi yakin laluan bagi persijilan itu insyaAllah akan dipermudahkan Tuhan dan tidak akan menghadapi rintangan yang besar.

Namun begitu, beliau berharap Urus Setia terus memantau zon-zon untuk mempastikan pelaksanaan 5S di zon-zon mencapai standard yang ditetapkan. Oleh itu beliau meminta JK Audit Dalaman membuat pengauditan khas sekali lagi terhadap zon-zon yang memperolehi markah di bawah paras tiga bintang semasa audit keempat dan semasa pertandingan zon dan sudut 5S terbaik bulan lalu sebelum pra-audit MPC itu nanti.

Beliau juga menyeru dan mengingatkan warga PAJPM tidak mengambil mudah perkara ini kerana sikap seumpama itu boleh menyebabkan usaha ke arah persijilan itu gagal.

Pada mesyuarat itu, beliau bersetuju dengan draf taklimat laporan pelaksanaan amalan 5S PAJPM yang akan dibentangkan sendiri oleh beliau di hadapan panel pra-audit MPC nanti.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Puan Halimah Hashim, SUB (K) selaku Timbalan Pengerusi JK Induk 5S.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan