30 Januari 2011

Salam 5S...!

Assalamualaikum, Salam 5S diucapkan kepada semua warga PAJPM. Agak lama blogmaster tidak berkesempatan untuk update blog ni.


Sejak majlis penerimaan Sijil 5S - 12 Januari lalu, nampaknya semua pihak merasa puashati dengan usaha melaksanakan amalan 5S yang bermula Julai 2010. Pengumuman siaraya mengenai 5S, yang kerap kedengaran semasa pelaksanaan 5S dulu agak jarang kedengaran sekarang. Jarang kedengaran perbincangan mengenai 5S di kalangan warga...

Benarkah ada meja dan workstation mulai berselerak sekarang ni? Kebanyakan orang dah tak gaduh pasal 5S? Sudut 5S tak dimantain, hingga ada gambar berjatuhan tidak dipasang balik?  Kalau benar, apa sudah jadi dengan 5S kita? 

Ayuh warga PAJPM! Bangunlah daripada keseronokan yang berpanjangan. Mari mengorak langkah baru menuju impian merealisasikan penyertaan kita di peringkat kebangsaan tahun ini, tak berapa lama lagi. Masa tentu begitu cepat berlalu.

Ya, matlamat kita mengekalkan persijilan dan juara di peringkat kebangsaan! Kalau kita boleh raih persijilan dalam masa 6 bulan, kita juga boleh mencapainya di peringkat kebangsaan kelak.






12 Januari 2011

Majlis Penganugerahan Sijil 5S

Ini dia sijilnya...

Sudah Terang Lagi Bersuluh... 

Semua warga terutama pihak pengurusan dan AJK Amalan 5S kelihatan amat gembira dan ceria apabila Sijil 5S yang dinantikan sejak pengauditan akhir oleh panel penilai Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bulan lepas diterima dengan rasminya pagi tadi. 

Dato' Zainol menerima sijil 5S daripada Encik Mohd. Razali (kiri) sambil disaksikan oleh Datuk Othman Mahmood, TKSU dan Encik Mohtar Mohd Abd Rahman, SUB (S) merangkap Pengerusi JK Induk Amalan 5S.

Sijil Amalan Pengurusan Persekitaran Berkualiti (5S) itu diterima oleh YBhg. Dato’ Zainol Othman, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan daripada Encik Mohd. Razali Hussain, Ketua Pengarah MPC dalam majlis ringkas tapi penuh meriah dan bersejarah sempena perhimpunan bulanan PAJPM di Auditorium Kompleks JPM.

Kenang-kenangan bersama pihak pengurusan dan AJK induk 5S

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga PAJPM kerana daya usaha, kegigihan dan komitmen yang telah dicurahkan dalam menjayakan pelaksanaan amalan 5S dan merealisasikan persijilan 5S itu.