04 November 2010

Lawatan dan Bimbingan Perunding 5S


PAJPM mengalu-alukan Encik Lizuan Latif, Perunding 5S yang mengadakan lawatan dan bimbingan 5S bagi kali ketiga pada hari ini, 4 November 2010 (Khamis) bermula jam 9.00 pagi tadi hingga 5.00 petang. Lawatan ini bertujuan untuk melihat status kemajuan pelaksanaan 5S sehingga peringkat seragam dan sentiasa amal. Lawatan kali ini juga memfokuskan kepada zon-zon yang perlu mendapat lebih bimbingan dan nasihat daripada Perunding 5S. Zon yang akan dilawati adalah seperti berikut:

1.    Zon  Delima - Blok B1 (Auditorium, Bilik Persidangan, Dewan Makan, Bilik Latihan / Seminar)
2.    Zon Diamond - Stor
3.    Zon Mutiara
4.    Zon Citrine
5.    Zon Zircon - Bilik Fail
6.    Zon Nilam - Bilik Fail
7.    Zon Jade - Stor

Walaupun tidak dinyatakan, zon-zon lain dinasihatkan bersedia untuk menerima kunjungan perunding untuk pemeriksaan mengejut. 

Fasilitator dan Ketua Zon dinasihatkan mengambil peluang ini untuk mendapatkan nasihat dan pandangan Encik Lizuan mengenai apa sahaja perkara yang berkaitan pelaksanaan 5S di zon masing-masing. Antara perkara yang akan diperiksa pada lawatan kali ini ialah maklumat di Sudut 5S dan folder pendokumentasian aktiviti 5S semua jawatankuasa dan zon. Oleh itu pastikan ianya telah lengkap dan dikemaskini berdasarkan garis panduan dan senarai semak yang telah diedarkan urus setia sebelum ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan