Persijilan 5S PAJPM semakin hampir. Ya semakin hampir dan semakin mendebarkan. Zon yang masih kurang yakin dengan tahap persediaan bagi menghadapi pengauditan pihak Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) perlu menggunakan masa yang ada untuk membuat sentuhan terakhir terhadap aktiviti 5S yang masih belum mantap sepenuhnya.
Pra-pengauditan oleh MPC pada 30 November ini adalah penentu kepada kelayakan PAJPM mendapat pengiktirafan dan persijilan bagi amalan persekitaran berkualiti 5S.
Semua warga perlu mempastikan zon, terutama bilik dan ruang kerja sendiri berada dalam keadaan siap siaga. Berdasarkan countdown pada blog ini, kita cuma ada masa kurang 10 hari untuk persiapan itu.
Untuk makluman semua warga, setelah selesai mengikuti sesi taklimat oleh Pengerusi Jawatankuasa Induk 5S yang turut disertai oleh pihak pengurusan tertinggi PAJPM pada pagi 30 November nanti, pihak panel audit MPC akan mengadakan lawatan ke zon-zon bagi melaksanakan pra-pengauditan. Jadi bersedialah menerima kehadiran ahli panel itu nanti dengan penuh ceria dan yakin.
Yakinlah kita boleh melakukannya!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan