25 November 2014

PEGAWAI 5S JPM MENGHADIRI KONVENSYEN TEAM EXCELLENCE (ICC) KEBANGSAAN 2014

Salam Sejahtera,

Seramai 13 orang pegawai JPM yang terlibat dalam pelaksanaan 5S                 telah menghadiri Konvensyen Team Excellence (ICC) Kebangsaan 2014 yang diadakan pada 24 November 2014 di Kuala Lumpur Convention Center (KLCC) sebagai pemerhati.

Dalam konvensyen ini, sebanyak 45 kumpulan Team Excellence (QE/5S) yang telah mendapat anugerah Emas di Konvensyen Peringkat Wilayah 2014 bertanding untuk dinobatkan sebagai pemenang                         di peringkat kebangsaan.

Konvensyen yang dirasmikan oleh YBhg. Tan Sri Azman Hashim, Pengerusi Malaysia Productivity Corporation (MPC) ini turut dihadiri oleh YBhg. Tan Sri Rafidah Aziz, Pengerusi AirAsia X, YBhg. Tan Sri Johan Jaaffar, Pengerusi Media Prima Berhad dan Dr. Charles A. Aubrey, Pengerusi Asia Pacific Quality Organization (APQO) yang turut memberi ceramah di konvensyen tersebut.









21 November 2014

GOTONG ROYONG 5S

Salam Sejahtera,

Bagi merealisasi dan meneruskan pengamalam 5S , warga JPM mengambil inisiatif untuk menjalankan kerja-kerja gotong membersihkan ruang pejabat dan tempat bekerja. Setiap bahagian mempunyai jadual sendiri dan konsep ini dilaksanakan secara berkala, samada sebulan atau dua bulan sekali.

Bagi bulan November, Unit Komunikasi Korporat, JPM melaksanakan aktiviti ini pada 20 November 2014 dengan menumpukan gotong royong membersih dan mengemas bilik setor dan ruang makan.

Kerjasama sepakat menghasilkan 
keselesaan dan keseronokan  bekerja!!!









19 November 2014

PRA AUDITAN MENGEJUT OLEH AUDIT DALAMAN 5S JPM

Salam sejahtera,

Pada 14 November 2014, sempena Kursus Auditan 5S yang  diadakan, para peserta yang diketuai oleh YBhg. Datuk Mohd. Zuki Mohd Ali, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan ) JPM telah mengadakan tinjauan dan  naziran secara mengejut ke bahagian-bahagian di JPM. 

Aktiviti pra-audit dalaman ini diadakan sebagai persediaan kepada pengauditan sebenar bagi tujuan persijilan semula yang akan diadakan oleh pihak Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) kelak. Hasil tinjauan didapati amalan 5S tetap diamalkan dan dikuti di setiap bahagian. Walau bagaimanapun masih banyak elemen-elemen 5S yang perlu dipatuhi dan dikemaskini..









15 November 2014

KURSUS PEMANTAPAN AUDITOR 5S JPM

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia.

Seramai 31 orang peserta yang terdiri daripada Ahli Jawatankuasa Induk 5S JPM, Fasilitor dan Ketua Zon telah menghadiri Kursus Pemantapan Auditor 5S yang diadakan pada 12 dan 14 November 2014 di Bilik Serbaguna 1, Aras 3, Blok B1, JPM.

Kursus yang dirasmikan oleh YBhg. Datuk Mohd Zuki Ali, TKSU (P) ini telah melantik  Juru Audit dan Ahli Jawatankuasa Induk 5S yang baru serta diberi pendedahan tentang teknik dan tatacara untuk melakukan pengauditan yang efktif disamping menjelaskan peranan masing-masing sebagai penggerak amalan 5S di JPM. Ceramah berkaitan dengan 5S telah disampaikan oleh En. Mohd. Lizuan Abd. Latif , Konsultan daripada Quality Mind Sdn. Bhd.