18 Oktober 2012

Kejayaan PAJPM Dalam Konvensyen Persekitran Berkualiti (QE/5S)




PAJPM telah berjaya diberi penarafan emas dalam Konvensyen Persekitaran Berkualiti (QE/5S) di peringkat Kebangsaan yang telah diadakan pada 15-17 Oktober 2012 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Pengiktirafan ini merupakan pengiktirafan terbaik kerana ini adalah kali pertama PAJPM menyertai Konvensyen Persekitaran Berkualiti (QE/5S) di peringkat Kebangsaan selepas PAJPM mendapat tiga (3) bintang pada Konvensyen Persekitaran Berkualiti peringkat Wilayah Tengah dan seterusnya melayakkan untuk bertanding di peringkat kebangsaan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak khususnya mereka yang terlibat mewakili PAJPM dalam Konvensyen tersebut, iaitu:
                             i.                Puan Mazura binti Rohani
                            ii.                Puan Nor Kamiliati binti Khamis
                           iii.                Encik Saidunkarnaen bin Bakhori
                          iv.                Encik Muhammad Firdaus bin Sudin
                                                    v.                Puan Fatimah binti Mohamad
                                                  vi.                Puan Nor Hidayat binti Aripin
                                                vii.                Puan Farahniza binti Ruslan
                       viii.                Cik Normila binti Samsuni
                          ix.                Cik Hanan Najmuddin

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Datuk TKSUK yang memberikan sokongan untuk PAJPM menyertai Konvensyen Persekitaran Berkualiti (QE/5S) di peringkat Kebangsaan. Terima kasih jua kepada semua Ketua-Ketua Bahagian dan semua pegawai PAJPM yang banyak memberikan kerjasama kepada Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kerja dalam melaksana dan meneruskan Program Amalan 5S.