07 November 2010

Nak Umum Tak Nak Umum Ni...???


Keputusan dah ada ditangan. Nak umum ker tak nak umum...? Kalau umum nanti tak suspen pulak. 

Keputusan Pertandingan Zon dan Sudut 5S Terbaik sudah disahkan oleh Jawatankuasa Induk dan diperakui oleh Encik Lizuan, perunding 5S yang turut hadir pada Mesyuarat Jawatankuasa Induk 5S PAJPM Khamis lepas. Tinggal nak diumumkan saja lagi. 

Blogmaster difahamkan pengumuman pemenang dan penyampaian hadiah akan diadakan semasa perhimpunan bulanan bersama Yang Berbahagia Dato' TKSUK pada hari Rabu, 10 November ini. 

Kalau ikutkan, sekarang juga nak umum, tapi tak bestlahkan... Sebagai penghormatan kepada Dato' TKSUK, ..."Lantasku Pendam, Ku Putuskan Biarlah Rahsia" dulu ye...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan