22 Mei 2013


Audit 5S JPM bagi kali ketiga akan diadakan pada awal Julai 2013. Ini bagi penyambungan persijilan 5S JPM bagi kali ketiga.

Mesyuarat Jawatankuasa Induk 5S bertarikh 7 Mei 2013 telah memutuskan dan bersetuju bahawa Kriteria 5S JPM yang telah digunapakai pada 2010 hingga 2013 ditambahbaik dengan Senarai Semak 5S 2012-2013.  

Pelaksanaan 5S bagi tahun 2013 tidak akan melibatkan sebarang pengauditan 5S secara dalaman oleh Jawatankuasa Kecil 5S JPM, sebaliknya Pengauditan 5S akan dilakukan sendiri oleh Fasilitator dan Ketua Zon masing-masing berdasarkan Senarai Semak 5S yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Kecil Audit 5S. 

Pengauditan melalui Senarai Semak ini tidak melibatkan pemarkahan dan menjadi tanggungjawab Fasilitator dan Ketua Zon memastikan perkara-perkara yang diperlukan dalam Senarai Semak disediakan dengan sempurna [ada atau tiada]. Pegawai / kakitangan juga boleh dilantik untuk melaksanakan pengauditan 5S di zon masing-masing selain daripada Fasilitator dan Ketua Zon.
Pengauditan secara lawatan akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Induk 5S dan Jawatankuasa Kecil Audit 5S pada 23 Mei 2013 (Khamis)
Kerjasama tuan/puan dalam mengemaskini zon 5S masing-masing  didahului dengan ucapan terima kasih.