15 Ogos 2016

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAKSANAAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) DI KEMENTERIAN PERTAHANAN MALAYSIA, KUALA LUMPUR



Salam sejahtera,

Seramai 34 orang telah menyertai sesi lawatan sambil belajar pelaksanaan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) akan diadakan di Kementerian Pertahanan Malaysia, Kuala Lumpur pada 4 Ogos 2016 (Khamis). Rombongan yang dketuai oleh Puan Jasfarina Jaafar, Ketua JK Latihan EKSA JPM turut disertai olehKetua- Ketua Zon dan Ahli Jawatankuasa (Audit/Promosi/Latihan) EKSA JPM bagi mempelajari amalan terbaik pelaksanaan EKSA yang telah dilaksanakan di kementerian tersebut khususnya di Penguasa Katalog Angkatan Tentera (MAFCA), Kementerian Pertahanan.