30 November 2010

Kriteria Audit 5S MPC

 
Berdasarkan risalah "Quality Environment Certification oleh Malaysia Productivity Corporation (MPC) Penilaian Audit 5S MPC akan dibuat dalam dua peringkat:

*   Penilaian terhadap perancangan aktiviti, dokumentasi dan persiapan bagi penilaian di lapangan.
**  Penilaian dan pemeriksaan di lapangan bagi menentusahkan (verify) amalan 5S dilaksanakan.

Senarai Semak Pengauditan Amalan 5S Oleh MPC

1.  Adakah Ketua Jabatan dan Pihak Pengurusan menyokong program?
2.  Adakah warga jabatan bangga dengan tempat kerja mereka?
3.  Adakah tempat kerja bersih dan dikelolakan (sentiasa kemas dan teratur)?
4.  Adakah tempat kerja selamat untuk warga Jabatan bertugas di tempatnya?
5.  Adakah mesin-mesin dan peralatan-peralatan bersih dan diselenggara?
6.  Adakah barang-barang mudah diperolehi atau dikeluarkan semula?
7.  Adakah mesin-mesin dan alat-alat diletakkan di tempat yang mudah dan selesa digunakan?
8.  Adakah inventori-inventori disimpan bagi mendapatkan semula secara ‘masuk dulu keluar dulu’ -  FIFO?
9.  Adakah tempat, peralatan dan  barang-barang bebas daripada habuk dan debu?
10. Adakah warga jabatan melakukan pengemasan dan pembersihan harian secara sukarela tanpa sentiasa 'kena' diingatkan?
11. Adakah pakaian/seragam yang dipakai oleh warga bersih dan kemas?
12. Adakah imej baik jabatan terpancar pada setiap individu warga Jabatan?

Perkara Lain Yang Akan Diperiksa:

1.  Dasar dan Objektif Amalan 5S.
2.  Aktiviti kumpulan kecil (Jawatankuasa dan Zon).
3.  Kawasan persekitaran pejabat dan bangunan.
4.  Skim galakan yang diamalkan.


                             "PERSEKITARAN SELESA,
                                 KERJA CEMERLANG"

29 November 2010

Jawatankuasa Induk Puas Hati Dengan Persiapan Pra-Audit Persijilan 5S

Jawatankuasa Induk Amalan 5S PAJPM yang bermesyuarat petang ini berpuashati dengan persiapan PAJPM untuk menghadapi pra-audit persijilan 5S yang akan dilaksanakan oleh MPC minggu depan (pra-audit itu sepatutnya diadakan minggu ini - 29-30 November, tetapi ditunda disebabkan pihak MPC terlibat dengan konvensyen 5S peringkat kebangsaan).

Berdasarkan persiapan itu, Encik Mohtar Mohd Abd Rahman, SUB (S) merangkap Pengerusi JK Induk Amalan 5S PAJPM, yang mempengerusikan mesyuarat JK Induk 5S sebentar tadi yakin laluan bagi persijilan itu insyaAllah akan dipermudahkan Tuhan dan tidak akan menghadapi rintangan yang besar.

Namun begitu, beliau berharap Urus Setia terus memantau zon-zon untuk mempastikan pelaksanaan 5S di zon-zon mencapai standard yang ditetapkan. Oleh itu beliau meminta JK Audit Dalaman membuat pengauditan khas sekali lagi terhadap zon-zon yang memperolehi markah di bawah paras tiga bintang semasa audit keempat dan semasa pertandingan zon dan sudut 5S terbaik bulan lalu sebelum pra-audit MPC itu nanti.

Beliau juga menyeru dan mengingatkan warga PAJPM tidak mengambil mudah perkara ini kerana sikap seumpama itu boleh menyebabkan usaha ke arah persijilan itu gagal.

Pada mesyuarat itu, beliau bersetuju dengan draf taklimat laporan pelaksanaan amalan 5S PAJPM yang akan dibentangkan sendiri oleh beliau di hadapan panel pra-audit MPC nanti.

Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Puan Halimah Hashim, SUB (K) selaku Timbalan Pengerusi JK Induk 5S.





24 November 2010

5 Minit Je...

Dalam aktiviti terjah oleh Jawatankuasa Promosi minggu ini, terdapat dua tiga zon masih bekerja keras untuk 'mengemaskini' keadaan fizikal zon mereka. Namun begitu boleh dikatakan semua zon sudah nampak 'selesa' mungkin kerana telah bersedia sepenuhnya untuk pemeriksaan oleh panel audit MPC akhir bulan ini.

Dalam melaksanakan aktiviti SHITSUKE atau Sentiasa Amal, blogmaster sukacita menyampaikan pesanan pihak pengurusan dan urus setia induk amalan 5S supaya semua warga beristiqamah dalam melaksanakan 5S iaitu dengan meluangkan sedikit masa setiap awal pagi dan sebelum balik kerja, 'membuat 5S'.

Ya, 5 minit pun memadai... 5 Minit Je... Bukannya Lamapun...



19 November 2010

PRA-AUDIT MPC 30 NOVEMBER 2010

Persijilan 5S PAJPM semakin hampir. Ya semakin hampir dan semakin mendebarkan. Zon yang masih kurang yakin dengan tahap persediaan bagi menghadapi pengauditan pihak Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) perlu menggunakan masa yang ada untuk membuat sentuhan terakhir terhadap aktiviti 5S yang masih belum mantap sepenuhnya. 

Pra-pengauditan oleh MPC pada 30 November ini adalah penentu kepada kelayakan PAJPM mendapat pengiktirafan dan persijilan bagi amalan persekitaran berkualiti 5S. 
Semua warga perlu mempastikan zon, terutama bilik dan ruang kerja sendiri berada dalam keadaan siap siaga. Berdasarkan countdown pada blog ini, kita cuma ada masa kurang 10 hari untuk persiapan itu.

Untuk makluman semua warga, setelah selesai mengikuti sesi taklimat oleh Pengerusi Jawatankuasa Induk 5S yang turut disertai oleh pihak pengurusan tertinggi PAJPM pada pagi 30 November nanti, pihak panel audit MPC akan mengadakan lawatan ke zon-zon bagi melaksanakan pra-pengauditan. Jadi bersedialah menerima kehadiran ahli panel itu nanti dengan penuh ceria dan yakin.



Yakinlah kita boleh melakukannya!

15 November 2010

Mengapa Zon Terbaik Terpilih?

Ramai juga tertanya-tanya kriteria pemilihan zon yang memenangi pertandingan zon 5S terbaik dan sudut 5S terbaik. Betulkah ada yang tidak puas hati dengan penghakiman? Apa yang panel hakim nilai? Baik sangatkah zon itu berbanding zon lain?

Panel hakim tentu lebih arif dengan penghakiman yang dibuat. Semua  aspek yang ditetapkan dalam kriteria standard pelaksanaan 5S telah diteliti sama ada telah dipatuhi atau tidak oleh zon-zon bertanding. Setelah dimusyawarahkan, konsensus telah dicapai dan keputusan adalah muktamad. Tujuan dan objektif pelaksanaan amalan 5S menjadi rujukan utama.

Gambar-gambar berikut menceritakan 1001 perkara mengenai kehebatan zon atau sudut yang memenangi pertandingan itu:

Zon Terbaik Pertama - Zon Kyara (Seksyen Pengurusan Sisten Maklumat, Bahagian Khidmat Pengurusan)





















 


Zon Terbaik Kedua - Zon Kristal (Bahagian Audit Dalam, Blok B8)
















 





















Zon Terbaik Ketiga - Zon Opal (Bahagian Audit Dalam, Blok B7)









BERSAMBUNG.....