01 Disember 2010

Pengertian Logo 5S


Untuk memenuhi kehendak dan tidak menghampakan permintaan ramai berikut ialah pengertian logo 5S PAJPM yang boleh dipamer dan dihayati:


BENTUK

Bentuk Bunga Raya Berkelopak Lima - Melambangkan lima rukun amalan 5S iaitu Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.

Bulatan Hitam bertulis Pentadbiran Am, Jabatan Perdana Menteri - Melambangkan perpaduan, kesepakatan, kerjasama dan semangat sepasukan antara semua ahli zon dan warga PAJPM dalam menjayakan amalan 5S di PAJPM.

Kotak Segi Empat Pelbagai Warna – Mewakilikan bentuk batu permata pelbagai jenis dan warna yang digunapakai sebagai nama zon 5S. Ia melambangkan motivasi dan keteguhan antara semua zon dengan tema masing-masing.

Bentuk Empat Segi Bujur Tegak Melingkungi Di Luar - merupakan simbolik kepada komitmen pihak pengurusan dan ahli zon semua peringkat dalam organisasi PAJPM untuk menjayakan pelaksanaan amalan 5S di PAJPM.

WARNA

Warna bagi setiap kelopak merupakan warna batu permata yang digunakan oleh zon-zon sebagai warna rasmi zon - melambangkan aura keceriaan dan semangat ahli zon dan warga PAJPM dalam melaksanakan amalan 5S.

BIRU - Melambangkan kesepaduan dan kerjasama semua warga kerja PAJPM dalam mengharungi 5S dengan penuh cabaran.

MERAH - Melambangkan keberanian semua warga kerja PAJPM untuk mengatasi segala cabaran dan rintangan dalam mengamalkan amalan 5S.

JINGGA - Melambangkan keyakinan dan kepuasan dalam pelaksanaan 5S dan menjalankan tugas di PAJPM.

HIJAU MUDA - Melambangkan pembaharuan, kekemasan, kebersihan dan keselesaan suasana persekitaran kerja selepas kejayaaan 5S.

UNGU - Melambangkan kehormatan, kebanggaan dan kejayaan serta menunjukkan kesempurnaan dan rasa kekaguman mengenai kejayaan pelaksanaan amalan 5S.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan