17 Disember 2010

Bukan Masa Untuk Tutup Buku

SHITSUKE


Tiada siapa mempertikaikan setelah kita bertungkus lumus berusaha dan setelah matlamat kita tercapai, maka tibalah masa untuk kita berehat dan bersantai untuk menikmati hasil usaha kita itu. Dalam kita merayakan kejayaan kita memperolehi persijilan 5S, tidak salah untuk kita meraikan pencapaian kita. 

Walau bagaimanapun, perlu diingat dalam amalan 5S, S yang ke-5 iaitu SHITSUKE (SENTIASA AMAL) merupakan S yang paling penting mengapa amalan 5S itu diterapkan dan diamalkan dalam budaya kerja sesebuah organisasi. Pengamalan itu perlu dilaksanakan berterusan menjadi amalan dan budaya kita di PAJPM.

Bagi menjamin pengamalan yang berterusan pihak Pengurusan telah bersetuju untuk PAJPM menyertai National Quality Environment (5S) Convention pada tahun 2011. Sehubungan itu, semua pihak hendaklah bersedia dari sekarang untuk memastikan penyertaan PAJPM pada peringkat Kebangsaan pada tahun 2011 dalam pelaksanaan Amalan 5S adalah berada pada tahap standard yang terbaik untuk dipertandingkan.

Amalan 5S yang telah dilaksanakan di PAJPM pada ketika ini perlu ditambah nilai dengan kreativiti dan inovasi yang lebih baik  supaya layak untuk dipertandingkan di peringkat Kebangsaan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan