05 Oktober 2010

Semangat Berkobar-kobar, Perasaan Berdebar-debar

Sejak 5S dilancarkan Julai lalu, semua zon telah menunjukkan komitmen yang tinggi bagi menjayakan amanah ini. Dengan dua kali lawatan juru perunding dan sekali pengauditan dalaman, sudah semestinya setiap warga PAJPM semakin menghayati matlamat pelaksanaan amalan 5S di PAJPM. Apa tidaknya, setiap zon yang dilawati dan dinilai telah sedikit sebanyak mengetahui kekuatan dan kelemahan masing-masing. Semua pihak telah mengambil tindakan pantas untuk memperbetulkan kekurangan dari segi pematuhan standard pelaksanaan 5S di zon mereka. 

Dalam pengauditan pusingan pertama yang dilakukan oleh juruaudit dalaman pada 6-24 September lalu purata markah pematuhan kriteria amalan 5S keseluruhannya ialah 44.85%. Zon yang terbaik memperolehi 63.4% manakala markah terendah ialah 26.3%. Diharap pada pengauditan  akan datang, semua zon telah bersedia. Ke arah itu setiap warga perlu berazam untuk bersama-sama menentukan kemajuan amalan 5S di zon masing-masing dilaksanakan dengan jayanya.

Semangat zon-zon berkobar-kobar... namun perasaan Urus Setia dan Jawatankuasa Induk semakin berdebar-debar... sebab kita akan memasuki fasa seterusnya yang semakin mencabar. 

So, Why Wait When You Can Do 5S Now? Anda penentu kejayaan 5S PAJPM.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan