18 Oktober 2010

Pertandingan Zon dan Sudut 5S Bermula !!!



NOTIS PERTANDINGAN 
ZON 5S TERBAIK DAN SUDUT 5S TERBAIK


Pertandingan Zon dan Sudut 5S Terbaik PAJPM Tahun 2010 telahpun dicanangkan Setiausaha Jawatankuasa Induk Amalan 5S PAJPM pada 14 Oktober minggu lepas. Tempoh persediaan dan persiapan Pertandingan bermula hari ini, 18 haribulan Oktober hingga 26 Oktober 2010 dan penilaian oleh panel hakim akan diadakan di antara 27 hingga 28 Oktober 2010.

Seperti kelazimannya, pertandingan ini diadakan dengan tujuan yang murni. Di antara objektifnya adalah seperti berikut:-
 
1. Mendapatkan penyertaan dan komitmen berterusan seluruh warga PAJPM bagi memastikan Amalan 5S dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan;

2. Mewujudkan aktiviti kekeluargaan yang menggambarkan kerjasama di antara satu sama lain; dan

3. Sebagai persediaan ke arah Persijilan Amalan 5S pada November 2010.

Kerjasama, komitmen dan sokongan warga PAJPM dalam perkara ini amatlah dihargai dan diharapkan. Sehubungan itu, setiap zon dikehendaki bersama-sama membuat persiapan serta menjayakan pertandingan tersebut bagi memeriahkan lagi pelaksanaan 5S di PAJPM.

Perlu diingat, usaha, komitmen dan dedikasi seluruh warga PAJPM akan menjadi sia-sia apabila PAJPM gagal mencapai sasaran pensijilan pada tarikh yang ditetapkan.
 
Sejak dilancarkan Julai lalu, amalan 5S telah banyak membantu menambah baik persekitaran dan suasana kerja kita di PAJPM. Lihatlah di meja kita, stor, bilik mesyuarat, tandas dan bilik pantri kita di semua Bahagian di PAJPM semuanya telah dikemas, disusun dan dibersihkan. Sejuk mata memandang. Selesa dan menenangkan...
"Persekitaran Selesa, Kerja Cemerlang"
"Kualiti Dijulang Prestasi Terbilang"

Tiada ulasan:

Catat Ulasan