Encik Mohd Lizuan, Perunding Amalan 5S PAJPM |
Jawatankuasa Latihan Program 5S
PAJPM akan menganjurkan Taklimat Pemantapan Kesedaran Amalan 5S Siri 3/2010
pada 13 Oktober 2010 (Rabu) mulai 11.00 pagi hingga 1.00 petang di
Dewan Serbaguna, Aras 3, Blok B1, Kompleks JPM.
Penceramah
jemputan ialah Perunding Amalan 5S PAJPM, Encik Mohd Lizuan bin Abdul Latif daripada
Quailtymind Sdn Bhd.
Kehadiran pada taklimat itu adalah WAJIB terutama pegawai dan kakitangan yang belum menghadiri Taklimat Pemantapan Kesedaran Amalan 5S Siri 1/2010 dan Siri 2/2010 terdahulu.
Kehadiran pada taklimat itu adalah WAJIB terutama pegawai dan kakitangan yang belum menghadiri Taklimat Pemantapan Kesedaran Amalan 5S Siri 1/2010 dan Siri 2/2010 terdahulu.
Jawatankuasa penganjur memohon
kerjasama semua Fasilitator dan Ketua Zon untuk mengenalpasti dan
menyelaraskan pencalonan serta kehadiran pegawai dan kakitangan ke taklimat
itu dan menyerahkan senarai nama peserta kepada Urus Setia Program iaitu Cik
Noor Dalila binti Khalid di alamat email noordalila@pajpm.gov.my (ext - 21880)
atau Cik Siti Hajar binti Ramle di alamat email sitihajar@pajpm.gov.my (ext
- 21911) selewat-lewatnya pada 11 Oktober 2010 (Isnin), jam 2.00 petang.
Kehadiran semua warga PAJPM pada Taklimat
Pemantapan Kesedaran Amalan 5S adalah salah satu pra-syarat dan kriteria penting
bagi persijilan amalan 5S. Senarai kehadiran akan didokumentasikan dan akan
disemak oleh pihak Audit Amalan 5S daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
iaitu badan yang bertanggungjawab bagi persijilan amalan 5S.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan