22 Julai 2010

PERTANDINGAN MENCIPTA LOGO AMALAN 5S PENTADBIRAN AM, JABATAN PERDANA MENTERI

Sempena pelaksanaan amalan 5S di Pentadbiran Am, Jabatan Perdana Menteri (PAJPM) bermula Jun 2010, Jawatankuasa Induk Pelaksanaan Amalan 5S PAJPM mempelawa semua warga kerja PAJPM untuk menyertai Pertandingan Mencipta Logo Amalan 5S PAJPM. 
Syarat Pertandingan: 

1. Terbuka kepada semua warga PAJPM, termasuk pegawai/kakitangan kontrak atau sementara.
2. Setiap peserta dibenarkan menghantar seberapa banyak logo.
3. Logo yang dicipta hendaklah mematuhi spesifikasi berikut: -
  • Sesuai dengan polisi, objektif dan tema/slogan amalan 5S PAJPM.
  • Lukisan logo hendaklah mengandungi huruf ‘5’, huruf ‘S’ dan perkataan 'SISIH' (SEIRI), 'SUSUN' (SEITON), 'SAPU' (SEISO), 'SERAGAM' (SEIKETSU) dan 'SENTIASA AMAL' (SHITSUKE)
  • Warna logo mengandungi lima (5) warna utama iaitu warna tema amalan 5S PAJPM yang ditetapkan oleh jawatankuasa iaitu merah, biru, hijau muda, ungu (purple) dan jingga (orange). Unsur-unsur hitam dan putih boleh digunakan sebagai huruf atau garisan pada logo.
  • Reka cipta logo boleh disediakan dengan menggunakan aplikasi komputer atau lukisan bebas (manual). Walau bagaimanapun, semua penyertaan hendaklah disediakan dalam softcopy dan hardcopy colour printing pada kertas putih bersaiz A3 dan ditampalkan pada mounting board berwarna hitam.
  • Setiap ciptaan logo hendaklah disertakan dengan rasional dan justifikasi rekabentuk dan warna yang digunakan dan dilampirkan menggunakan kertas A4 berwarna putih.
  • Maklumat peserta seperti jawatan, no. kad pengenalan, no. paskad pegawai dan bahagian (seperti maklumat pada boring penyertaan) hendaklah ditulis dengan terang dan jelas menggunakan “font arial 16” di belakang mounting board.
4. Pihak urusetia pertandingan berhak meminda ciptaan logo yang dipertandingkan demi menambahbaik ciptaan selaras Pelaksanaan 5S, dengan kerjasama pencipta asal dan jika perlu sahaja.

5. Logo yang memenangi pertandingan ini akan menjadi hak milik Jawatankuasa Induk pelaksanaan Amalan 5S PAJPM.

6. Penyertaan logo yang tidak berjaya TIDAK akan dikembalikan.

7. Pihak panel juri berhak menolak penyertaan yang tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.

8. Hanya pemenang pertama sahaja akan dipilih. 9. Penyertaan boleh secara individu atau kumpulan dua atau tiga orang, walau bagaimanapun hanya satu hadiah sahaja disediakan.

10. Hadiah bernilai RM200.00 dan sijil penghargaan/kepujian akan diberikan kepada pemenang pertama dan semua peserta akan diberikan sijil penyertaan.

11. Keputusan panel juri adalah MUKTAMAD.

12. Penyertaan hendaklah dihantar kepada Urus Setia Pertandingan iaitu Pengerusi Jawatankuasa Promosi Amalan 5S PAJPM di Unit Komunikasi Korporat, Pentadbiran Am Jabatan Perdana Menteri, Aras -1 Blok B8, Kompleks Jabatan Perdana Menteri sebelum pukul 12.00 tengah hari 26 Julai 2010.

1 ulasan:

  1. Tanpa Nama18/1/12 11:42

    mane update terbaru????
    xde pown????

    BalasPadam