Buat julung kalinya PAJPM mengadakan BENGKEL AMALAN PERSEKITARAN 5S pada 8-9 Julai 2010 lalu di Dewan Persidangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Istana Kehakiman Putrajaya untuk 45 orang ahli jawatankuasa kerja 5S, fasilitator dan ketua zon yang telah dilantik.
En. Lizuan sedang menyampaikan kuliah 5S |
Bengkel dua hari itu dikendalikan oleh Encik Mohd Lizuan Abdul Latif, pakar perunding pelaksanaan amalan 5S dilantik PAJPM. Beliau seorang yang berpengalaman dalam bidang pembangunan kualiti dan produktiviti, pernah bertugas di Malaysia Productivity Centre dan telah menyumbangkan kepakarannya kepada banyak agensi kerajaan dan swasta di seluruh negara.
Peserta bengkel khusyuk mengikuti ceramah En. Lizuan |
En. Lizuan sedang menerangkan sesuatu mengenai pelaksanaan amalan 5S |
Selingan jenaka penceramah sering mencuit hati para peserta bengkel |
Tumpuan diberi sepenuhnya...sebab selepas ini akan balik pejabat menjadi fasilitator dan mengetuai zon dalam pelaksanaan 5S |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan