29 Julai 2010

Logo Rasmi Amalan 5S PAJPM Dilancarkan




LOGO RASMI 5S PAJPM


Alhamdulillah, hari ini tepat pukul 5.01 petang logo rasmi Amalan 5S Pentadbiran Am, Jabatan Perdana Menteri (PAJPM) dilancarkan pada Majlis Pelancaran Amalan 5S dan Gotong Royong Perdana yang disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato' Zainol bin Othman, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan PAJPM. 

Majlis ringkas tetapi meriah dan penuh sejarah itu  diadakan di lobi utama Blok B8 dihadiri semua warga PAJPM yang berbaris mengikut zon masing-masing. 

Encik Moazam Safian, pegawai khidmat pelanggan dan Cik  Zaidah bt Yusof, pegawai teknologi maklumat wakil peserta berkumpulan dari Seksyen Teknologi Maklumat yang merupakan pemenang bersama pertandingan logo amalan 5S PAJPM masing-masing menerima hadiah wang tunai RM150 dan sijil penghargaan yang disampaikan oleh Y.Bhg. Dato' Zainol.

Pada majlis itu juga Y.Bhg. Dato' Zainol dan Y.Bhg. Datuk Othman bin Haji Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha PAJPM melakukan kerja merincih kertas terpakai menggunakan mesin rincih sebagai simbolik bermulanya gotong royong perdana 5S PAJPM bagi kali yang pertama.

Setelah selesai majlis pelancaran semua warga PAJPM beredar ke zon masing-masing untuk meneruskan acara gotong-royong perdana.


Blogmaster Mengucapkan
Selamat Mengamalkan "5S"
Di Zon Masing-masing


Tiada ulasan:

Catat Ulasan