23 Julai 2010

Tarikh Tutup Pertandingan Logo 5S

Jangan lupa tarikh tutup Pertandingan Mencipta Logo 5S ialah 26 Julai iaitu hari Isnin depan. Sila hantar sebelum pukul 12.00 tengah hari. Panel juri pemilihan akan mengadakan mesyuarat pemilihan pada pukul 2.30 petang hari yang sama.

Logo terbaik akan diumumkan pada 29 Julai semasa Majlis Pelancaran Pelaksanaan Amalan 5S PAJPM jam 5.00 petang hari tersebut. Tuan/Puan yang berjaya harus merasa bertuah dan bangga kerana logo ciptaan tuan/puan digunakan sebagai logo amalan 5S oleh PAJPM.

Ada banyak masa nak menyiapkan logo tuan/puan terutama hujung minggu ini. PAJPM mengharapkan sumbangan anda. Hadiah bukan ukuran segala... Selamat bertanding.


Mesyuarat Jawatankuasa Induk Pelaksanaan 5S

Sementara itu Mesyuarat Jawatankuasa Induk 5S yang dipengerusikan oleh SUB(S), Y.Brs. Encik Mohtar Abdul Rahman selaku Pengerusi JK Induk telah diadakan bagi menyelaraskan semua perancangan dan carta perbatuan  jawatankuasa-jawatankuasa dan aktiviti 5S zon-zon.

Di samping itu, mesyuarat juga telah memutuskan majlis pelancaran akan diadakan pada 29 Julai seperti yang dirancang sebelum ini.  


"Persekitaran Selesa, Kerja Cemerlang"



Tiada ulasan:

Catat Ulasan