22 Julai 2010

Lawatan Perunding 5S Ke PAJPM

Encik Mohd Lizuan Abdul Latif, Perunding kepada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC), yang juga perunding dan pembimbing pelaksanaan 5S PAJPM akan mengadakan lawatan serta sesi bimbingan pelaksanaan amalan 5S di PAJPM pada 26 Julai 2010 (Isnin) mulai pukul 9.30 pagi hingga 5.00 petang.

Bagi tuan/puan yang ingin mendapat bimbingan dan tunjuk ajar dari pakar perunding itu, gunakan peluang keemasan itu sebaik-baiknya. Pihak urus setia induk 5S amat berharap semua pihak memberi kerjasama kepada beliau. Fasilitator dan ketua-ketua zon yang telah dilantik hendaklah meluangkan masa berada di zon masing-masing semasa aktiviti lawatan dan bimbingan tersebut diadakan.

Rebutlah peluang ini "Ke Arah Persijilan Amalan 5S PAJPM Menjelang November 2010".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan