28 Oktober 2010

Apa Keputusan Penilaian Panel Hakim?

OK? Tak OK?
Tunggu Keputusan Rasminya Nanti...



Penghakiman dan penilaian bagi Pertandingan Zon dan Sudut 5S Terbaik baru sahaja selesai lewat petang ini. Panel hakim nampak agak keletihan, namun tetap bersemangat. Memang meletihkan. Apa tidaknya, semua 20 zon 5S yang bertanding perlu dilawati dan dinilai dalam masa dua hari suntuk. Kepatuhan kepada setiap item dan kriteria yang ditetapkan dalam standard dan garis panduan 5S diteliti dengan rapi satu persatu. Ruang kerja peribadi termasuk laci meja dibuka dan diperiksa. Perabot dan peralatan pegawai dipastikan tidak berhabuk dan menyimpan debu....bersambung... 





























26 Oktober 2010

Pengadilan dan Penilaian Pertandingan Zon Terbaik dan Sudut 5S Terbaik Bermula Esok !


Adakah Semua Siap Siaga???




Jangan PANIC Jika Anda Sudah Bersedia

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, pengadilan dan penilaian bagi Pertandingan Zon dan Sudut 5S Terbaik akan diadakan esok dan lusa, 27 dan 28 Oktober 2010. Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Setiausaha Jawatankuasa Induk Amalan 5S sebentar tadi, penilaian pertandingan ini akan dijalankan secara menyeluruh termasuk pemeriksaan dari meja ke meja. Semua warga diminta memberi kerjasama sepenuhnya kepada panel hakim.



Jadual lawatan panel hakim ke zon-zon adalah seperti berikut:


27 Oktober 2010 (Rabu)
Sesi Pagi (bermula 10.30 pagi)
1. Zon Jade
2. Zon Aquamarine
3. Zon Delima (B1)
4. Zon Piruz
Sesi Petang
5. Zon Intan
6. Zon Citrine
7. Zon Mutiara
8. Zon Opal

28 Oktober 2010 (Khamis)
Sesi Pagi (bermula 9.00 pagi)
9. Zon Emerald
10. Zon Delima (Aras -1, Blok B8)
11. Zon Diamond
12. Zon Safir
13. Zon Kyara
14. Zon Zircon
Sesi Petang
15. Zon Kristal
16. Zon Morqanite
17. Zon Ametyhist
18. Zon Moonstone
19. Zon Nilam
20. Zon Alexandrite





21 Oktober 2010

Klip Video Amalan 5S Agensi JPM


Berikut adalah Video Amalan 5S di Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU, JPM) dan Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah (dengan izin) untuk tontonan warga PAJPM sebagai rujukan, perbandingan dan panduan dalam kita melaksanakan 5S di PAJPM.



Masa Terlalu Singkat Menjelang Persijilan

Kalau target date bagi persijilan 5S ialah 30 November tahun ini, masa yang kita ada hanya tinggal 39 hari sahaja lagi mulai saat ini! Adakah kita berjaya merealisasikan target itu? Renung-renungkanlah...


20 Oktober 2010

Amat Mengejutkan !!!



Amat Mengejutkan !!!

Spot-Check yang diadakan oleh Jawatankuasa Induk 5S diketuai oleh SUB Khidmat Pengurusan merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Induk Pelaksanaan Amalan 5s PAJPM pada 19 Oktober 2010 kelmarin mendapati masih ada zon yang tidak serius melaksanakan 5S di zon berkenaan. Perkara ini agak mengecewakan semua pihak, lebih-lebih lagi dalam usaha kita merealisasikan persijilan 5S menjelang November nanti. Ada kalangan ahli rombongan melahirkan kebimbangan PAJPM akan gagal mendapat persijilan pada tarikh yang ditetapkan gara-gara 'seekor kerbau membawa lumpur, satu kandang kerbau lain terpalit', 'kerana nila setitik, rosak susu sebelanga". 



5S Depends On You!

You Can Make A Difference


18 Oktober 2010

Pertandingan Zon dan Sudut 5S Bermula !!!



NOTIS PERTANDINGAN 
ZON 5S TERBAIK DAN SUDUT 5S TERBAIK


Pertandingan Zon dan Sudut 5S Terbaik PAJPM Tahun 2010 telahpun dicanangkan Setiausaha Jawatankuasa Induk Amalan 5S PAJPM pada 14 Oktober minggu lepas. Tempoh persediaan dan persiapan Pertandingan bermula hari ini, 18 haribulan Oktober hingga 26 Oktober 2010 dan penilaian oleh panel hakim akan diadakan di antara 27 hingga 28 Oktober 2010.

Seperti kelazimannya, pertandingan ini diadakan dengan tujuan yang murni. Di antara objektifnya adalah seperti berikut:-
 
1. Mendapatkan penyertaan dan komitmen berterusan seluruh warga PAJPM bagi memastikan Amalan 5S dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan berkesan;

2. Mewujudkan aktiviti kekeluargaan yang menggambarkan kerjasama di antara satu sama lain; dan

3. Sebagai persediaan ke arah Persijilan Amalan 5S pada November 2010.

Kerjasama, komitmen dan sokongan warga PAJPM dalam perkara ini amatlah dihargai dan diharapkan. Sehubungan itu, setiap zon dikehendaki bersama-sama membuat persiapan serta menjayakan pertandingan tersebut bagi memeriahkan lagi pelaksanaan 5S di PAJPM.

Perlu diingat, usaha, komitmen dan dedikasi seluruh warga PAJPM akan menjadi sia-sia apabila PAJPM gagal mencapai sasaran pensijilan pada tarikh yang ditetapkan.
 
Sejak dilancarkan Julai lalu, amalan 5S telah banyak membantu menambah baik persekitaran dan suasana kerja kita di PAJPM. Lihatlah di meja kita, stor, bilik mesyuarat, tandas dan bilik pantri kita di semua Bahagian di PAJPM semuanya telah dikemas, disusun dan dibersihkan. Sejuk mata memandang. Selesa dan menenangkan...
"Persekitaran Selesa, Kerja Cemerlang"
"Kualiti Dijulang Prestasi Terbilang"

14 Oktober 2010

Aktiviti SERAGAM Dan SENTIASA AMAL Dilaksanakan Serentak Pada Bulan Oktober


Blogmaster menumpang gembira kerana aktiviti 5S terus berjalan dengan rancak walaupun ada zon yang masih meneruskan aktiviti SUSUN dan SAPU.  Disebabkan semangat yang tinggi di kalangan zon-zon, pihak Urus Setia telah bersetuju supaya aktiviti SERAGAM dan SENTIASA AMAL dilaksanakan serentak pada bulan Oktober ini hingga tarikh PERSIJILAN bulan November nanti. 



Tahniah dan syabas diucapkan kepada zon-zon yang telah selesai melaksanakan aktiviti Susun dan Sapu dan kini sedang melaksanakan aktiviti SERAGAM dan SENTIASA AMAL pula. 

Dalam pada itu, sukacita dimaklumkan bahawa tarikh rasmi Pertandingan Zon Terbaik dan Sudut 5S Terbaik  akan diumumkan dalam masa terdekat. Diharap semua zon telah bersedia untuk pertandingan itu. 

13 Oktober 2010

Lima Minit Untuk 5S

Luangkan sedikit masa melakukan 5S sebaik sahaja masuk pejabat pada waktu pagi dan sebelum meninggalkan pejabat pada petangnya...


5S ni mula-mula je susah dan liat kita nak buat. Nanti kalau dah jadi sebati dan kebiasaan, kita akan nampak kebaikannya. Masyarakat Jepun dikatakan maju berbanding masyarakat Asia yang lain kerana mereka  mengamalkan budaya Kaizen dan asasnya ialah amalan 5S.

Sempena pelaksanaan amalan 5S di PAJPM sekarang ni, luangkan sedikit masa setiap hari untuk melaksanakan 5S di ruang kerja masing-masing agar amalan ini menjadi sebati dalam aktiviti harian kita, bukan sahaja di pejabat malahan di rumah kita sendiri.


11 Oktober 2010

Keputusan Pengauditan Dalaman 5S Bil. 1/2010

Memandangkan ramai yang tertanya-tanya keputusan pengauditan dalam 5S yang dilaksanakan di semua zon pada bulan September lalu... haa... ni dia keputusannya.

Ini graf pemarkahan:


Ini pula penarafan berdasarkan bintang:


Nasib baik tidak ada zon yang dapat satu bintang. Ini yang dinamakan persaingan dan pertandingan. Ada yang hebat, ada yang belum menunjukkan kehebatan yang sebenarnya.  Nampaknya Zon Intan tersenyum lebar... sampai ke telinga…

Jadi, zon lain apa tunggu lagi, masuk gear lima teruslah. 

Pengauditan Dalaman Bil. 2 is on the way...

09 Oktober 2010

TAKLIMAT PEMANTAPAN KESEDARAN AMALAN 5S SIRI 3

Encik Mohd Lizuan, Perunding Amalan 5S PAJPM


Jawatankuasa Latihan Program 5S PAJPM akan menganjurkan Taklimat Pemantapan Kesedaran Amalan 5S Siri 3/2010 pada 13 Oktober 2010 (Rabu) mulai 11.00 pagi hingga 1.00 petang di Dewan Serbaguna, Aras 3, Blok B1, Kompleks JPM.

Penceramah jemputan ialah Perunding Amalan 5S PAJPM, Encik Mohd Lizuan bin Abdul Latif daripada Quailtymind Sdn Bhd.         

Kehadiran pada taklimat itu adalah WAJIB terutama pegawai dan kakitangan yang belum menghadiri Taklimat Pemantapan Kesedaran Amalan 5S Siri 1/2010 dan Siri 2/2010 terdahulu.

Jawatankuasa penganjur memohon kerjasama semua Fasilitator dan Ketua Zon untuk mengenalpasti dan menyelaraskan pencalonan serta kehadiran pegawai dan kakitangan ke taklimat itu dan menyerahkan senarai nama peserta kepada Urus Setia Program iaitu Cik Noor Dalila binti Khalid di alamat email noordalila@pajpm.gov.my (ext - 21880) atau Cik Siti Hajar binti Ramle di alamat email sitihajar@pajpm.gov.my (ext - 21911) selewat-lewatnya pada 11 Oktober 2010 (Isnin), jam 2.00 petang.  

Kehadiran semua warga PAJPM pada Taklimat Pemantapan Kesedaran Amalan 5S adalah salah satu pra-syarat dan kriteria penting bagi persijilan amalan 5S. Senarai kehadiran akan didokumentasikan dan akan disemak oleh pihak Audit Amalan 5S daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) iaitu badan yang bertanggungjawab bagi persijilan amalan 5S.

07 Oktober 2010

Pengumuman Audit 5S Kali Ke-2


Berikut ialah petikan kenyataan e-mail Jawatankuasa Audit Dalaman 5S petang ini mengenai pengauditan 5S seterusnya....

Sukacita dimaklumkan bahawa pelaksanaan amalan persekitaran berkualiti 5S di PAJPM akan terus dilaksanakan dan dipantau dari semasa ke semasa. Oleh itu, satu pengauditan dalaman bilangan 2 tahun 2010 oleh Juruaudit Dalaman 5S PAJPM akan dijalankan di setiap zon dalam tempoh 11 hingga 15 Oktober 2010.  

Mohon YBhg. Dato'/Datuk/tuan/puan mengambil maklum dan bersedia dengan pengauditan pada kali ini. Semoga pengauditan kali ini akan dapat meningkatkan semangat semua warga PAJPM terhadap pelaksanaan 5S dan bersama-sama ke arah pensijilan amalan 5S oleh pihak MPC. Komitmen serta sokongan YBhg. Dato'/Datuk/tuan/puan terhadap perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih.

Pengauditan dalaman ini amat penting dan diadakan bagi melihat kesediaan PAJPM dalam menghadapi audit sebenar 5S oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) nanti dan seterusnya menentukan kelayakan persijilan amalan 5s di PAJPM.
  
Jom semua zon gerakkan persiapan masing-masing. Yang dapat markah corot semasa pengauditan pertama tentu tak mahu terus tercorot lagi kali ini kan...? 

Zon yang dapat markah tinggi pulak janganlah anda alpa. Ingat tak cerita perlumbaan arnab dengan kura-kura?



So,
Why Wait When You Can Do 5S Now?

Anda Penentu Kejayaan Persijilan 5S PAJPM.

05 Oktober 2010

Semangat Berkobar-kobar, Perasaan Berdebar-debar

Sejak 5S dilancarkan Julai lalu, semua zon telah menunjukkan komitmen yang tinggi bagi menjayakan amanah ini. Dengan dua kali lawatan juru perunding dan sekali pengauditan dalaman, sudah semestinya setiap warga PAJPM semakin menghayati matlamat pelaksanaan amalan 5S di PAJPM. Apa tidaknya, setiap zon yang dilawati dan dinilai telah sedikit sebanyak mengetahui kekuatan dan kelemahan masing-masing. Semua pihak telah mengambil tindakan pantas untuk memperbetulkan kekurangan dari segi pematuhan standard pelaksanaan 5S di zon mereka. 

Dalam pengauditan pusingan pertama yang dilakukan oleh juruaudit dalaman pada 6-24 September lalu purata markah pematuhan kriteria amalan 5S keseluruhannya ialah 44.85%. Zon yang terbaik memperolehi 63.4% manakala markah terendah ialah 26.3%. Diharap pada pengauditan  akan datang, semua zon telah bersedia. Ke arah itu setiap warga perlu berazam untuk bersama-sama menentukan kemajuan amalan 5S di zon masing-masing dilaksanakan dengan jayanya.

Semangat zon-zon berkobar-kobar... namun perasaan Urus Setia dan Jawatankuasa Induk semakin berdebar-debar... sebab kita akan memasuki fasa seterusnya yang semakin mencabar. 

So, Why Wait When You Can Do 5S Now? Anda penentu kejayaan 5S PAJPM.