30 Julai 2010

Suasana Gotong Royong Perdana Pejabat Pengurusan Atasan - Zon Alexandrite


Suasana Keceriaan Warga PAJPM Semasa Majlis Pelancaran 5S





Gambar-gambar Semasa Majlis Pelancaran dan Gotong Royong 5S

Barisan Pengurusan Tertinggi PAJPM Yang Hadir
Y.Bhg. Dato' Zainol bin Othman Sedang Menyampaikan Amanat
Y.Bhg. Dato' Zainol Melakukan Ditemani Y.Bhg. Datuk Othman dan Encik Mohtar Upacara Memotong Ikatan Ribbon Bunting Sebagai Gimik Pelancaran Pelaksanaan Amalan 5S PAJPM
Haa... Tu Dia... Cantik Juga Logo 5S PAJPM...
Sedang Menonton Video Clip Mengenai Logo 5S
En. Moazam, Pegawai Khidmat Pelanggan, Pemenang Bersama Pertandingan Mencipta Logo 5S Menerima Hadiah dan Sijil Penghargaan Daripada Dato' Zainol, TKSUK
Cik Zaidah Wakil Peserta Berkumpulan Seksyen Pengurusan Teknologi Maklumat, Pemenang Bersama Menerima Hadiah Pertandingan Mencipta Logo 5S Daripada Dato' TKSUK
Y.Bhg. Dato' Zainol Melakukan Shredding Kertas Terpakai Sebagai Simbolik Memulakan Gotong Royong Perdana 5S
Y.Bhg. Datuk Othman, TKSU Turut Melakukan Shredding

29 Julai 2010

Logo Rasmi Amalan 5S PAJPM Dilancarkan




LOGO RASMI 5S PAJPM


Alhamdulillah, hari ini tepat pukul 5.01 petang logo rasmi Amalan 5S Pentadbiran Am, Jabatan Perdana Menteri (PAJPM) dilancarkan pada Majlis Pelancaran Amalan 5S dan Gotong Royong Perdana yang disempurnakan oleh Y.Bhg. Dato' Zainol bin Othman, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan PAJPM. 

Majlis ringkas tetapi meriah dan penuh sejarah itu  diadakan di lobi utama Blok B8 dihadiri semua warga PAJPM yang berbaris mengikut zon masing-masing. 

Encik Moazam Safian, pegawai khidmat pelanggan dan Cik  Zaidah bt Yusof, pegawai teknologi maklumat wakil peserta berkumpulan dari Seksyen Teknologi Maklumat yang merupakan pemenang bersama pertandingan logo amalan 5S PAJPM masing-masing menerima hadiah wang tunai RM150 dan sijil penghargaan yang disampaikan oleh Y.Bhg. Dato' Zainol.

Pada majlis itu juga Y.Bhg. Dato' Zainol dan Y.Bhg. Datuk Othman bin Haji Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha PAJPM melakukan kerja merincih kertas terpakai menggunakan mesin rincih sebagai simbolik bermulanya gotong royong perdana 5S PAJPM bagi kali yang pertama.

Setelah selesai majlis pelancaran semua warga PAJPM beredar ke zon masing-masing untuk meneruskan acara gotong-royong perdana.


Blogmaster Mengucapkan
Selamat Mengamalkan "5S"
Di Zon Masing-masing


Hari Ini 5S PAJPM Bakal Dilancarkan

Ramai ketua zon menghubungi pihak JK Promosi untuk mendapatkan logo rasmi 5S PAJPM. Harap bersabar, JK Promosi akan mengagihkan logo rasmi untuk kegunaan aktiviti 5S setelah logo itu dilancarkan petang ini semasa Majlis Pelancaran Amalan 5S PAJPM oleh Y.Bhg. Dato' TKSUK pada pukul 4.30 petang ini.



Bagaimana agaknya rupa rekabentuk logo itu??? Sama-sama kita hadir ke majlis pelancaran dan gotong royong perdana 5S petang ini dan saksikan sendiri. Huhuhu....

Kursus Amalan Persekitaran 5S

Buat julung kalinya PAJPM mengadakan BENGKEL AMALAN PERSEKITARAN 5S pada 8-9 Julai 2010 lalu di Dewan Persidangan Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Istana Kehakiman Putrajaya untuk 45 orang ahli jawatankuasa kerja 5S, fasilitator dan ketua zon yang telah dilantik.

En. Lizuan sedang menyampaikan kuliah 5S


Bengkel dua hari itu dikendalikan oleh Encik Mohd Lizuan Abdul Latif, pakar perunding pelaksanaan amalan 5S dilantik PAJPM. Beliau seorang yang berpengalaman dalam bidang pembangunan kualiti dan produktiviti, pernah bertugas di Malaysia Productivity Centre dan telah menyumbangkan kepakarannya kepada banyak agensi kerajaan dan swasta di seluruh negara.
Peserta bengkel khusyuk mengikuti ceramah En. Lizuan


En. Lizuan sedang menerangkan sesuatu mengenai pelaksanaan amalan 5S
Selingan jenaka penceramah sering mencuit hati para peserta bengkel
Tumpuan diberi sepenuhnya...sebab selepas ini akan balik pejabat menjadi fasilitator dan mengetuai zon dalam pelaksanaan 5S

28 Julai 2010

Faktor Kejayaan 5S

整理整頓清掃清潔躾
Empat Faktor Utama Kejayaan Amalan 5S


26 Julai 2010

Sekitar Lawatan Pengauditan dan Bimbingan Perunding 5S

En. Lizuan tekun mendengar penerangan daripada seorang pegawai

Sebahagian AJK yang hadir mesyuarat
En. Lizuan menghadiri mesyuarat dengan JK Audit

En. Lizuan diberi penerangan di Bilik Percetakan Pusat PAJPM
Hari ini sehari suntuk Encik Mohd Lizuan Abdul Latif, perunding pelaksanaan 5S melawat dan meninjau perkembangan pelaksanaan aktiviti 5S di PAJPM. 


Selain membuat naziran, beliau juga memberi khidmat nasihat dan menghadiri mesyuarat bersama semua ahli jawatankuasa, fasilitator dan ketua zon. Lawatan pertama ini membuahkan hasil yang amat berguna kepada warga PAJPM di zon-zon 5S yang dilawati.
Di Bahagian Sumber Manusia


Tinjauan di Work Station


Sebahagian barang-barang yang di"Red Tag"kan
Lawatan di Stor Simpanan Fail dan Alatulis
Pandangan Lazim. setelah kerja SISIH ia akan nampak lebih kemas.
Dokumen yang diSISIH

Datuk TKSU Mengetuai Panel Juri Pemilihan Logo 5S

Datuk Othman meneliti salah satu logo yang dipertandingkan
Panel juri yang diketuai Yang Berbahagia Datuk Othman bin Haji Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha PAJPM telah selesai membuat pemilihan logo rasmi amalan 5S PAJPM. Semua logo yang dipertandingkan mempunyai kelebihan masing-masing, namun adat pertandingan ada yang menang ada yang kalah. 

Antara Panel Juri Pertandingan


Walau bagaimanapun, pihak juri mendapati dua logo yang mirip memenuhi kehendak syarat dan justifikasi yang ditetapkan oleh jawatankuasa induk. Beberapa elemen penting dalam kedua-dua logo tersebut akan digabungkan menjadi satu. Sama-sama kita lihat logo yang rasmi pada 29 Julai semasa majlis pelancaran amalan 5S nanti.