30 Ogos 2010

Pelaksanaan Amalan 5S Sebagai Amal Ibadah Pada Bulan Ramadhan




Salam Ramadhan buat semua warga PAJPM. Agak lama juga blogmaster tidak berkesempatan mengemaskini blog ini. Kebelakangan ini agak sibuk juga. Walaupun kini kita berada dalam bulan Ramadhan, blogmaster perhatikan aktiviti 5S terus rancak dilaksanakan. Memang sewajarnya puasa bukanlah alasan bagi kita tidak menjalankan tugas yang diamanahkan kepada kita. Alhamdulillah, dengan ilham dan inayah daripada Allah blogmaster akan cuba update maklumat dalam blog ini. 

Hari ini sudah 20 Ramadhan rupanya. Sekejap sahaja waktu berlalu meninggalkan kita dan Ramadhan sudah berada pada dua pertiganya. Gunakan sebaik-baik waktu yang ada untuk melipatgandakan amalan-amalan baik.  Semoga kita semua masih diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk meningkatkan amal ibadah terutamanya di 10 terakhir bulan Ramadhan ini. Amalan-amalan baik bukan hanya pada ibadah khusus seperti puasa, tarawih, membaca Al-Quran  dan ibadah sunat yang lainnya. Tugas pekerjaan yang kita laksanakan dengan ikhlas kerana Allah juga adalah ibadah.




Berbalik kepada pelaksanaan amalan 5S yang sedang kita laksanakan sekarang semoga Allah menerima usaha kita itu sebagai amalan baik dan ibadah yang diredai Allah. Adalah diharap semua warga dan ahli zon dapat menggiatkan aktiviti SUSUN bagi persediaan kepada aktiviti S yang seterusnya iaitu SAPU kerana tanpa kita sedari masa bergerak begitu pantas sekali ke arah Persijilan 5S yang dijadualkan November kelak.  Mengikut hitungan pada jam "countdown" di sebelah kanan itu, kita hanya ada masa lebih kurang 92 hari sahaja lagi ke arah Persijilan 5S.  Sama-sama kita jadikan ia suatu realiti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan