30 Ogos 2010

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-53



Esok 31 Ogos 2010 negara kita Malaysia akan menyambut hari ulangtahun kemerdekaan yang ke-53. Tema Sambutan Hari Kemerdekaan tahun ni ialah '1Malaysia Menjana Transformasi'. Sambutan peringkat kebangsaan tahun ini akan diadakan di Stadium Putra, Bukit Jalil secara sederhana tetapi dijangka meriah. 

Ini merupakan kali kedua Sambutan Hari Kemerdekaan jatuh pada bulan Ramadhan ketika umat Islam sedang menunaikan ibadah puasa. JPM merupakan penggerak utama yang menjayakan sambutan itu setiap tahun. Diharap semangat merdeka dalam diri kita semua tak luntur disebabkan lapar berpuasa. Kibarkan Jalur Gemilang di pejabat, kereta lebih-lebih lagi di rumah sebagai tanda kecintaan kita kepada negara, bumi bertuah ini. Walau sekecil manapun sumbangan kita dalam mempertahankan kemerdekaan negara ia amat bermakna untuk kesinambunagan warisan bangsa.

Sebelum balik bercuti sempena Hari Kebangsaan nanti, luangkan sedikit masa untuk mengemas dan menyusun persekitaran kerja kita bagi mejayakan Amalan 5S.




"Persekitaran Selesa, Kerja Cemerlang"

   


Pelaksanaan Amalan 5S Sebagai Amal Ibadah Pada Bulan Ramadhan




Salam Ramadhan buat semua warga PAJPM. Agak lama juga blogmaster tidak berkesempatan mengemaskini blog ini. Kebelakangan ini agak sibuk juga. Walaupun kini kita berada dalam bulan Ramadhan, blogmaster perhatikan aktiviti 5S terus rancak dilaksanakan. Memang sewajarnya puasa bukanlah alasan bagi kita tidak menjalankan tugas yang diamanahkan kepada kita. Alhamdulillah, dengan ilham dan inayah daripada Allah blogmaster akan cuba update maklumat dalam blog ini. 

Hari ini sudah 20 Ramadhan rupanya. Sekejap sahaja waktu berlalu meninggalkan kita dan Ramadhan sudah berada pada dua pertiganya. Gunakan sebaik-baik waktu yang ada untuk melipatgandakan amalan-amalan baik.  Semoga kita semua masih diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk meningkatkan amal ibadah terutamanya di 10 terakhir bulan Ramadhan ini. Amalan-amalan baik bukan hanya pada ibadah khusus seperti puasa, tarawih, membaca Al-Quran  dan ibadah sunat yang lainnya. Tugas pekerjaan yang kita laksanakan dengan ikhlas kerana Allah juga adalah ibadah.




Berbalik kepada pelaksanaan amalan 5S yang sedang kita laksanakan sekarang semoga Allah menerima usaha kita itu sebagai amalan baik dan ibadah yang diredai Allah. Adalah diharap semua warga dan ahli zon dapat menggiatkan aktiviti SUSUN bagi persediaan kepada aktiviti S yang seterusnya iaitu SAPU kerana tanpa kita sedari masa bergerak begitu pantas sekali ke arah Persijilan 5S yang dijadualkan November kelak.  Mengikut hitungan pada jam "countdown" di sebelah kanan itu, kita hanya ada masa lebih kurang 92 hari sahaja lagi ke arah Persijilan 5S.  Sama-sama kita jadikan ia suatu realiti.

16 Ogos 2010

Penyediaan Sudut 5S


Sudut 5S merupakan medium komunikasi yang perlu disediakan bagi memberi maklumat terkini dan untuk menghebahkan aktiviti berkaitan Amalan 5S kepada warga Jabatan bagi memastikan keberkesanan pelaksanaan Amalan 5S. Sudut ini merupakan elemen penting yang diambilkira dalam pengauditan 5S. 

Selain daripada Sudut 5S Induk, semua zon juga dikehendaki mengadakan Sudut 5S bagi menguar-uarkan aktiviti 5S di zon masing-masing.

Sudut 5S zon perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
 
a) Nama zon yang telah ditetapkan. 
b) Polisi, Motto, Objektif, Logo dan Slogan Amalan 5S PAJPM.
c) Carta Organisasi Zon (mengandungi Fasilitator, Ketua Zon, Timbalan Ketua, Setiausaha dan Ahli Kumpulan).
d) Carta Perbatuan/Gantt Chart Perancangan dan Pelaksanaan Aktiviti 5S. 
e) Peta Lokasi/Pelan Lantai Zon 5S.
f) Rekod aktiviti (gambar) sebelum dan selepas pelaksanaan sesuatu Amalan 5S.
g) Aktiviti-Aktiviti Zon Yang Telah Dijalankan (Mesyuarat, Gotong Royong, Lawatan dan sebagainya)
h) Buletin Berkaitan Amalan 5S (Jika Berkenaan). 
i) Maklumat Bagi Tujuan Promosi Amalan 5S di Jabatan dan Zon.
j) Penjelasan perancangan, pelaksanaan, pemantauan dan penarafan (Jadual 4P) Amalan 5S (Fasa Akan Datang).
k) Jadual tugas dan pelaksanaan aktiviti. 
l) Jadual mesyuarat/perjumpaan kumpulan.

* Sudut 5S hendaklah berimej korporat (objek hiasan yang tidak keterlaluan atau berlebih-lebihan).

Berikut ialah contoh Sudut 5S agensi yang pernah dilawati sebagai rujukan dan panduan bersama:

13 Ogos 2010

Lawatan dan Pra-Pengauditan Oleh Audit 5S


Blogmaster ingin memaklumkan bahawa pihak Audit 5S PAJPM akan mengadakan lawatan dan pra-pengauditan pada minggu depan (minggu ketiga bulan Ogos) diikuti oleh Audit MPC pada minggu berikutnya. 

Oleh itu semua fasilitator dan ketua zon dinasihatkan supaya mempastikan kerja-kerja menyisih dan menyusun (sisih dan susun) telah atau sedang dilaksanakan dengan lancar di zon masing-masing mengikut perancangan carta perbatuan.


"Kejayaan Pelaksanaan Amalan 5S PAJPM Terletak Di Tangan Kita Bersama"


 

10 Ogos 2010

Sekitar Lawatan 5S Ke Jabatan Pendaftaran Negara, Putrajaya


Rombongan 30 orang AJK dan ahli zon-zon 5S PAJPM semalam telah membuat lawatan kerja bagi meninjau pelaksanaan amalan 5S di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Putrajaya. Lawatan tersebut  bagi melihat secara lebih dekat kejayaan JPN melaksanakan 5S dan pernah menjuarai amalan 5S antara agensi kerajaan peringkat kebangsaan. Sudah tentu pelaksanaan amalan 5S di JPN akan menjadi benchmark kepada pelaksanaan 5S di PAJPM.





04 Ogos 2010

Bulan Ogos Bulan Susun

Blogmaster percaya semua zon telah melaksanakan aktiviti SISIH sepanjang bulan Julai lalu. Pihak Urus Setia 5S telah menetapkan dalam Carta Perbatuan aktiviti SUSUN akan bermula mulai 6 Ogos. Sehubungan itu, semua zon dikehendaki menyelesaikan aktiviti sisih hari ini dan esok.


OGOS BULAN SUSUN

Sama-sama kita jayakan



02 Ogos 2010

Pemasangan Banner dan Bunting 5S

Hari ini dengan kerjasama Tuan Haji Ramli and the crew dua banner 5S telah dipasang di luar pejabat Blok B8 dan B2, manakala 20 bunting telah dipasang di dalam Blok B8, B1 dan B7. 

Diharap pemasangan banner dan bunting dapat membantu menyemarakkan semangat warga PAJPM untuk menjayakan matlamat pelaksanaan amalan 5S dan seterusnya ke arah persijilan 5S PAJPM menjelang November 2010.

Terima kasih kepada Tuan Haji Ramli dan krew yang sudi panjat tiang lampu untuk pasang banner tadi.




Gotong Royong Perdana Di Zon Zamrud

Hebat Zon Zamrud ni...bak kata ketua zon, mereka cukup "terlampau" cerianya...mereka cukup bersemangat dan menunjukkan komitmen yang begitu tinggi bagi melaksanakan 5S di zon mereka. Tapi sayang KKK takde bersama, pergi Langkawi atas urusan rasmi.

Stor dan Bilik Percetakan Pusat menjadi tumpuan semasa gotong royong perdana kali ini. Mana tidaknya, memang terlalu banyak barangan dan peralatan yang perlu dibuat penyisihan dan dired-tagkan. 

Ada pula rakan yang bermurah hati menyediakan juadah minuman petang untuk dinikmati bersama selepas bergotong royong...


Cucoq Badak Bang Os memang menyelerakan...huhu...