12 Januari 2011

Majlis Penganugerahan Sijil 5S

Ini dia sijilnya...

Sudah Terang Lagi Bersuluh... 

Semua warga terutama pihak pengurusan dan AJK Amalan 5S kelihatan amat gembira dan ceria apabila Sijil 5S yang dinantikan sejak pengauditan akhir oleh panel penilai Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bulan lepas diterima dengan rasminya pagi tadi. 

Dato' Zainol menerima sijil 5S daripada Encik Mohd. Razali (kiri) sambil disaksikan oleh Datuk Othman Mahmood, TKSU dan Encik Mohtar Mohd Abd Rahman, SUB (S) merangkap Pengerusi JK Induk Amalan 5S.

Sijil Amalan Pengurusan Persekitaran Berkualiti (5S) itu diterima oleh YBhg. Dato’ Zainol Othman, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan daripada Encik Mohd. Razali Hussain, Ketua Pengarah MPC dalam majlis ringkas tapi penuh meriah dan bersejarah sempena perhimpunan bulanan PAJPM di Auditorium Kompleks JPM.

Kenang-kenangan bersama pihak pengurusan dan AJK induk 5S

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua warga PAJPM kerana daya usaha, kegigihan dan komitmen yang telah dicurahkan dalam menjayakan pelaksanaan amalan 5S dan merealisasikan persijilan 5S itu. 


2 ulasan:

  1. Tanpa Nama12/1/11 22:13

    Tahniah! Tumpang sekaki. 5S kena buat dengan istiqamah...

    BalasPadam
  2. Tanpa Nama27/1/11 00:13

    Syabas syabas syabas! JPM sepatut selangkah kehadapan daripada orang lain.

    BalasPadam