13 Jun 2016
07 Jun 2016
23 Mei 2016
10 Mei 2016
14 April 2016
22 Mac 2016
14 Mac 2016
11 Mac 2016
FAEDAH PELAKSANAAN EKSA
Salam Sejahtera,
Sudahkah Jabatan / Agensi anda mengambil inisiatif untuk menambahbaik pelaksanaan Amalan 5S yang kini dijenamakan semula kepada Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA)?
Langkah ini wajar dilaksanakan selaras dengan usaha memperkukuhkan budaya organisasi berprestasi tinggi dan inovatif dalam kalangan agensi–agensi sektor awam melalui penyediaan persekitaran, budaya kerja serta nilai yang menjadi amalan seluruh warga agensi sektor awam.
Kami di Jabatan Perdana Menteri telah bersedia dengan inisiatif ini....
01 Mac 2016
25 Februari 2016
20 Januari 2016
PERTANDINGAN REKA CIPTA LOGO EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) JPM
Salam sejahtera,
JPM sedang dalam usaha untuk melaksanakan peralihan daripada Sistem Amalan 5S
kepada EKSA. Justeru, dimaklumkan bahawa Pertandingan Reka Cipta Logo
Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) JPM akan dilaksanakan sehingga 28
Januari 2016 (Khamis).
Penyertaan adalah
terbuka kepada seluruh warga JPM dan bagi mereka yang berminat untuk menyertai
pertandingan ini bolehlah mengisi borang seperti yang telah dilampirkan dan
dikembalikan kepada urus setia melalui alamat e-mel firdaus.hashim@jpm.gov.my atau hasahul@jpm.gov.my.
LAMPIRKAN
LOGO ANDA
BERSERTA DESKRIPSI LOGO
BERSERTA DESKRIPSI LOGO
31 Disember 2015
KEPUTUSAN PERTANDINGAN TONG KITAR SEMULA
Salam sejahtera,
Keputusan Pertandingan Tong Kitar Semula 5S JPM telah diumumkan semasa Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Disember yang diadakan pada 30 Disember 2015 di Auditorium, Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. Y.Bhg. Datuk Seri Othman bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, JPM telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Berikut ialah keputusan pertandingan:
ZON TERBAIK
Tempat Pertama : Zon Kristal (Bahagian Audit Dalam)
Tempat Kedua : Zon Jade (Seksyen Perpustakaan dan Unit Integriti)
Tempat Ketiga : Zon Zircon (Bahagian Khidmat Pengurusan )
TONG KITAR SEMULA
Tempat Pertama : Zon Opal (Bahagian Audit Dalam )
Tempat Kedua : Zon Jade ( Seksyen Perpustakaan dan Unit Intgeriti)
Tempat Ketiga : Zon Citrine dan Zon Nilam ( Bahagian Akaun Dan Kewangan)

08 Disember 2015
PROGRAM JOM REWANG 5S JPM 2015
Program 'Jom Rewang 5S' Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah berlangsung pada 8 Disember 2015 diikuti dengan program gotong-royong di bahagian/unit di JPM.
Majlis perasmian disempurnakan oleh YBhg. Dato' Nadzri Siron, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) JPM yang seterusnya membuat penilaian pertandingan reka cipta tong kitar semula 5S JPM.
YBhg. Dato' Nadzri ketika berucap di majlis tersebut menyeru warga JPM agar bersama-sama menghayati konsep Kaizen di dalam Amalan 5S danEkosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dalam setiap tugasan yang dilakukan.
Beliau juga yakin bahawa setiap penambahbaikan yang dilaksanakan akan memberi manfaat kepada kesejahteraan warga dan kakitangan di JPM terutamanya dalam mewujudkan suasana tempat kerja yang kondusif dan selamat.
03 Disember 2015
01 Disember 2015
24 November 2015
KUIZ ONLINE QE/5S
SALAM SEJAHTERA,
Jawatankuasa Promosi 5S dengan kerjasama Jawatankuasa Induk 5S, JPM sedang mengadakan Kuiz Online QE/5S bermula
bulan Oktober sehingga Disember 2015.
Kuiz ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman warga JPM berkaitan 5S
selain sebagai salah satu kaedah mempromosikan 5S di kalangan warga JPM.
Kuiz ini akan dijalankan secara soalan terkumpul.
Pemenang akan diadili oleh jawatankuasa yang dilantik berdasarkan bilangan
jawapan yang betul. Semua pemenang akan diumumkan pada akhir bulan Disember
2015. Pelbagai hadiah
menarik menanti pemenang-pemenang bertuah.
Borang penyertaan boleh dicapai secara online melalui laman
web JPM di alamat www.jpm.gov.my atau
secara terus melalui pautan seperti berikut:-
20 November 2015
01 November 2015
06 Oktober 2015
04 Jun 2015
29 Mei 2015
04 Mac 2015
TAHNIAH !! JPM MENERIMA SIJIL PENGIKTIRAFAN AMALAN PERSEKITARAN KUALITI 2015-2016
Salam Sejahtera,
Jabatan Perdana Menteri telah menerima Sijil Pengiktirafan Amalan Persekitaran Berkualiti daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia bagi tempoh 15 Januari 2015 hingga 14 Januari 2016.
Pengiktirafan ini adalah berdasarkan hasil auditan yang dilaksanakan oleh MPC di mana JPM telah dinilai memenuhi standard yang ditetapkan.
Syabas dan tahniah kepada pengurusan dan semua warga Jabatan Perdana Menteri (JPM)
Terima kasih kepada MPC di atas pengiktirafan ini.
Jabatan Perdana Menteri telah menerima Sijil Pengiktirafan Amalan Persekitaran Berkualiti daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia bagi tempoh 15 Januari 2015 hingga 14 Januari 2016.
Pengiktirafan ini adalah berdasarkan hasil auditan yang dilaksanakan oleh MPC di mana JPM telah dinilai memenuhi standard yang ditetapkan.
Syabas dan tahniah kepada pengurusan dan semua warga Jabatan Perdana Menteri (JPM)
Terima kasih kepada MPC di atas pengiktirafan ini.
GOTONG ROYONG 5S TAHUN 2015
Salam sejahtera,
Bagi memastikan amalan 5S dilaksanakan secara berterusan, warga JPM akan mengamalkan konsep gotong royong sekurang-kurangnya dua bulan sekali.
Gotong royong ini bukan sahaja untuk memastikan kemasan ruang tempat bekerja dengan konsep 5S dipatuhi tetapi amalan gotong royong ini juga dapat mengenal pasti perkara-perkara atau tindakan-tindakan yang masih belum atau perlu ditambahbaik atau dilaksana atau mungkin sebaliknya.
19 Januari 2015
PENGAUDITAN SEMULA 5S JPM OLEH MPC
Salam Sejahtera,
Warga JPM sentiasa komited dalam membudayakan
amalan 5S sejak ianya dipersijilkan pada tahun 2010 oleh Perbadanan
Produktiviti Malaysia (MPC). Bagi memastikan amalan 5S sentiasa diamalkan oleh
warga JPM, satu Pengauditan Semula Amalan 5S kali ke empat telah dijalankan oleh pihak MPC pada 15
&16 Januari 2016 yang melibatkan kesemua 18 zon 5S di JPM.
Pengauditan semula audit 5S ini telah dilaksanakan
oleh 3 orang Juru Audit MPC iaitu Encik
Abdul Majid Ibrahim (Ketua Audit), Encik Mohd Khairul Nazir Nawi dan Encik
Kamarudin Mamat. Antara aspek yang dinilai
di dalam pengauditan pada kali ini ialah pembudayaan amalan 5S di
kalangan warga oragnisasi serta impak positif yang diperolehi melalui amalan
tersebut.
Langgan:
Catatan (Atom)










































