08 Disember 2015

PROGRAM JOM REWANG 5S JPM 2015

Program 'Jom Rewang 5S' Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah berlangsung pada 8 Disember 2015 diikuti dengan program gotong-royong di bahagian/unit di JPM.
Majlis perasmian disempurnakan oleh YBhg. Dato' Nadzri Siron, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) JPM yang seterusnya membuat penilaian pertandingan reka cipta tong kitar semula 5S JPM.
YBhg. Dato' Nadzri ketika berucap di majlis tersebut menyeru warga JPM agar bersama-sama menghayati konsep Kaizen di dalam Amalan 5S danEkosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dalam setiap tugasan yang dilakukan.
Beliau juga yakin bahawa setiap penambahbaikan yang dilaksanakan akan memberi manfaat kepada kesejahteraan warga dan kakitangan di JPM terutamanya dalam mewujudkan suasana tempat kerja yang kondusif dan selamat.
Menurutnya, walaupun peralihan kepada EKSA akan bermula tahun hadapan, ianya tidak bermakna elemen-elemen 5S harus diketepikan secara total, kerana peralihan tersebut lebih kearah penambahbaikan dan rebranding. Foto oleh Zulfadli Md, Latib, Unit Komunikasi Korporat, JPM









Tiada ulasan:

Catat Ulasan