31 Disember 2015

KEPUTUSAN PERTANDINGAN TONG KITAR SEMULA


Salam sejahtera,

Keputusan Pertandingan Tong Kitar Semula 5S JPM telah diumumkan semasa Majlis Perhimpunan Bulanan Bersama Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Disember yang diadakan pada 30 Disember 2015 di Auditorium, Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya. Y.Bhg. Datuk Seri Othman bin Mahmood, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan, JPM telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang. Berikut ialah keputusan pertandingan:

ZON TERBAIK

Tempat Pertama :  Zon Kristal (Bahagian Audit Dalam)
Tempat Kedua    :  Zon Jade (Seksyen Perpustakaan dan Unit Integriti)
Tempat Ketiga    :  Zon Zircon (Bahagian Khidmat Pengurusan )




TONG KITAR SEMULA

Tempat Pertama  :  Zon Opal (Bahagian Audit Dalam )
Tempat Kedua     :  Zon Jade ( Seksyen Perpustakaan dan Unit Intgeriti)
Tempat Ketiga     :  Zon Citrine dan Zon Nilam ( Bahagian Akaun Dan Kewangan)








08 Disember 2015

PROGRAM JOM REWANG 5S JPM 2015

Program 'Jom Rewang 5S' Jabatan Perdana Menteri (JPM) telah berlangsung pada 8 Disember 2015 diikuti dengan program gotong-royong di bahagian/unit di JPM.
Majlis perasmian disempurnakan oleh YBhg. Dato' Nadzri Siron, Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan) JPM yang seterusnya membuat penilaian pertandingan reka cipta tong kitar semula 5S JPM.
YBhg. Dato' Nadzri ketika berucap di majlis tersebut menyeru warga JPM agar bersama-sama menghayati konsep Kaizen di dalam Amalan 5S danEkosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dalam setiap tugasan yang dilakukan.
Beliau juga yakin bahawa setiap penambahbaikan yang dilaksanakan akan memberi manfaat kepada kesejahteraan warga dan kakitangan di JPM terutamanya dalam mewujudkan suasana tempat kerja yang kondusif dan selamat.
Menurutnya, walaupun peralihan kepada EKSA akan bermula tahun hadapan, ianya tidak bermakna elemen-elemen 5S harus diketepikan secara total, kerana peralihan tersebut lebih kearah penambahbaikan dan rebranding. Foto oleh Zulfadli Md, Latib, Unit Komunikasi Korporat, JPM









24 November 2015

KUIZ ONLINE QE/5S

SALAM SEJAHTERA,

Jawatankuasa Promosi 5S dengan kerjasama Jawatankuasa Induk 5S, JPM sedang mengadakan Kuiz Online QE/5S bermula bulan Oktober sehingga Disember 2015.

Kuiz ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap kefahaman warga JPM berkaitan 5S selain sebagai salah satu kaedah mempromosikan 5S di kalangan warga JPM.  Kuiz ini akan dijalankan secara soalan terkumpul. Pemenang akan diadili oleh jawatankuasa yang dilantik berdasarkan bilangan jawapan yang betul. Semua pemenang akan diumumkan pada akhir bulan Disember 2015. Pelbagai hadiah menarik menanti pemenang-pemenang bertuah.


Borang penyertaan boleh dicapai secara online melalui laman web JPM di alamat www.jpm.gov.my atau secara terus melalui pautan seperti berikut:-



04 Jun 2015

Program I Am Fit

Salam Sejahtera,

Pada 3 Jun 2015 ( Rabu ) mulai jam 5.00 petang, Kelab Bukit Perdana  dan Jabatan Perdana Menteri telah mengadakan Program I Am Fit  , Perkarangan Auditorium JPM, Blok B1, Kompleks JPM, Putrajaya.








Program Gotong Royong Bulan Mei 2015

Salam sejahtera,

Warga Jabatan Perdana Menteri,
jangan lupa Jumaat 8 Mei 2015 kita bergotong royong.


29 Mei 2015

Peringatan! - Amalan 5S

Salam sejahtera,

renung-renung dan fikir-fikirkan!


Ayuh, jangan tangguh-tangguh, kita mulakan dari sekarang!



04 Mac 2015

TAHNIAH !! JPM MENERIMA SIJIL PENGIKTIRAFAN AMALAN PERSEKITARAN KUALITI 2015-2016

Salam Sejahtera,

Jabatan Perdana Menteri telah menerima Sijil Pengiktirafan Amalan Persekitaran Berkualiti daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia bagi tempoh 15 Januari 2015 hingga 14 Januari 2016.

Pengiktirafan ini adalah berdasarkan hasil auditan yang dilaksanakan oleh MPC di mana JPM telah dinilai memenuhi standard yang ditetapkan.

Syabas dan tahniah kepada pengurusan dan semua warga Jabatan Perdana Menteri (JPM)






Terima kasih kepada MPC di atas pengiktirafan ini.

GOTONG ROYONG 5S TAHUN 2015

Salam sejahtera,

Bagi memastikan amalan 5S dilaksanakan secara berterusan, warga JPM akan mengamalkan konsep gotong royong sekurang-kurangnya dua bulan sekali.

Gotong royong ini bukan sahaja untuk memastikan kemasan ruang tempat bekerja dengan konsep 5S dipatuhi tetapi amalan gotong royong ini juga dapat mengenal pasti perkara-perkara atau tindakan-tindakan yang masih belum atau perlu ditambahbaik atau dilaksana atau mungkin sebaliknya.


19 Januari 2015

Mesyuarat Penutup Audit Persijilan Semula Amalan 5S JPM

Salam Sejahtera,

Mesyuarat Penutup Audit Persijilan Semula Amalan 5S JPM telah diadakan pada 16 Januari 2015 susulan daripada pengauditan yang telah dilaksanakan mulai 15 - 16 Januari 2015. Dijangka JPM akan berjaya mengekalkan persijilan 5S yang telah diterima seperti tahun-tahun sebelumnya. 




PENGAUDITAN SEMULA 5S JPM OLEH MPC

Salam Sejahtera,

Warga JPM sentiasa komited dalam membudayakan amalan 5S sejak ianya dipersijilkan pada tahun 2010 oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC). Bagi memastikan amalan 5S sentiasa diamalkan oleh warga JPM, satu Pengauditan Semula Amalan 5S kali ke empat  telah dijalankan oleh pihak MPC pada 15 &16 Januari 2016 yang melibatkan kesemua 18 zon 5S di JPM.

Pengauditan semula audit 5S ini telah dilaksanakan  oleh 3 orang Juru Audit MPC iaitu Encik Abdul Majid Ibrahim (Ketua Audit), Encik Mohd Khairul Nazir Nawi dan Encik Kamarudin Mamat. Antara aspek yang dinilai  di dalam pengauditan pada kali ini ialah pembudayaan amalan 5S di kalangan warga oragnisasi serta impak positif yang diperolehi melalui amalan tersebut.