24 Disember 2014

MASJID PUTRA MENERIMA SIJIL EKSA

Salam Sejahtera,


Tahniah kepada Masjid Putra yang telah mendapat Sijil Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dari MAMPU. Majlis penyampaian sijil EKSA tersebut telah disampaikan oleh YBhg. Tim. Ketua Pengarah MAMPU di Masjid Putra dan disaksikan oleh YBhg Dato' Hj Othman bin Mustapha, Ketua Pengarah JAKIM






Menurut Timbalan Ketua Pengarah Transformasi dan Pemodenan Pengurusan MAMPU, Dr Aizi Razman Ismail, pengiktirafan tersebut menjadikan Masjid Putra sebagai peneraju EKSA bagi Kluster Masjid sekali gus menjadi contoh kepada masjid lain di bawah kendalian Jakim.

22 Disember 2014

PEMERIKSAAN AUDIT DALAM 5S JPM

Salam Sejahtera,

Pengauditan Dalaman 5S JPM telah diadakan pada 18 Januari 2014 sebagai persediaan sebelum pengauditan semula dibuat oleh pihak  Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) yang dijangka akan diadakan pada pertengahan Januari 2015.

Sebanyak 18 Zon 5S JPM telah dibuat pengauditan oleh 3 pasukan pengauditan yang terdiri daripada 11 orang Juruaudit  Dalaman 5S JPM.


Pembentangan Penemuan Audit Kualiti Dalaman 5S oleh Ketua Pasukan Audit  Dalaman 5S JPM telah diadakan pada 19 Januari 2014 semasa Mesyuarat Penutup Audit Dalaman 5s JPM.

Mesyuarat yang bertujuan membentangkan penemuan Audit Kualiti Dalam 5S ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Zuki Ali TKSU(P) dan turut dihadiri oleh SUB Bahagian, fasilitor dan Ketua Zon.                              


Beberapa penemuan audit 5S telah dibentangkan  antaranya  maklumat di folder 5S yang tidak dikemas kini, ruang kerja tidak kemas dan tidak tersusun, peralatan rosak tidak dilabel dan diasingkan serta kabel tidak diikat dengan kemas.

HASIL PENEMUAN AUDIT DALAMAN 5S JPM

Suis /Extention wayer tidak diikat dengan kemas
Suddut kitar semula tidak diselenggara dengan teratut

Rak peralatan pantri tidak dilabelkan
di Ruang Kerja ada KEW PA 7 tidak dipamerkan/dikemaskini


Stor yang tidak dikemas dan diselenggara dengan baik

Ownership masih tidak menggunakan format yang seragam
Alat tulis di dalam laci berterabur dan tidak disusun kemas





Kabinet besi tidak dilabel dengan dokumen berkaitan dan terdapat fail/ barangan yang diletakkan di atas kabinet tersebut


Bagi tujuan penambahbaikan, beberapa cadangan telah dikemukakan antaranya folder 5S perlu dikemaskini, minit mesyuarat zon perlu disediakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun dan wayar perlu dilabelkan serta diikat dengan kemas. Berikutan dengan itu satu lagi Audit Dalaman 5S akan diadakan pada awal Januari 2015 bagi memastikan semua Zon 5S berada dalam keadaan yang baik bagi menghadapi pengauditan semula oleh pihak MPC.

18 Disember 2014

SELAMAT DATANG AUDIT DALAMAN 5S JPM !!

Salam Sejahtera,

Hari ini 18 Disember 2014, sesi pengauditan Amalan 5s di Kompeks JPM akan diadakan. Para Juru Audit Dalaman 5S JPM yang telah dilantik akan melawat semua Zon bagi menilai pengamalan 5S.

Selamat Datang kami ucapkan !


05 Disember 2014

“JOM! REWANG 5S”



Salam Sejahtera,


Program “Jom! Rewang 5S” telah diadakan dengan jayanya pada 4 Disember 2014 di Perkarangan Lobi Blok B8, Kompleks Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya.

Program yang dirasmikan oleh YBhg. Datuk Othman Hj. Mahmood , TKSUK, JPM ini adalah sempena persijilan semula Amalan Persekitaran Berkualiti (QE/5S) serta pelancaran dokumen Standard 5S JPM. Ianya sebagai usaha berterusan terhadap pembudayaan amalan 5S dikalangan warga JPM disetiap peringkat dan menunjukkan komitmen warga JPM terhadap kepentingan amalan 5S sebagai salah satu pengukur prestasi organisasi yang cemerlang di JPM.


Program gotong-royong yang berkonsepkan amalan rewang ini melibatkan seluruh warga JPM sebagai persediaan sebelum pengauditan semula dibuat  oleh pihak Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) pada 15 Januari 2015.


SENTIASA AMAL 





SISIH




SUSUN






 SERAGAM











02 Disember 2014

PROGRAM JOM! REWANG 5S JPM

Salam Sejahtera,,

Kepada warga JPM jangan lupa untuk bersama-sama menyertai  aktiviti ini ...