15 September 2014

LATAR BELAKANG SISTEM PERSEKITARAN BERKUALITI (QE/5S) JPM











       LOGO 5S Jabatan Perdana Menteri    



Pelaksanaan Sistem Persekitaran Berkualiti (QE/5S) 
JPM adalah bertemakanBatu Permatadengan 
mempamerkan imej korporat JPM yang meliputi 
perkara berikut:

Persekitaran
Persekitaran semua peringkat ruang pejabat mestilah pada
tahap yang bersih, kemas dan selamat mengikut piawaian
yang telah ditetapkan


Pelabelan
Warna pelabelan mestilah seragam mengikut Zon
5 warna yang  digunakan adalah:
1. Biru Muda
2. Merah
3. Oren
4. Hijau Muda Pucuk Pisang
5. Ungu

Praktikaliti
Menggunakan kaedah yang dikitar semula, mudah 
dan murah untuk dilaksanakan serta mempunyai 
impak yang berkesan


9 lokasi utama yang merangkumi keseluruhan persekitaran tempat kerja di JPM



08 September 2014

Bangunan Perdana Putra dapat sijil Indeks Bangunan Hijau (GBI) Platinum

Salam Sejahtera,

PERDANA Menteri, YAB Datuk Seri Najib Razak bersama timbalannya, YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin menyaksikan Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dr Ali Hamsa menerima sijil GBI Platinum untuk Kompleks Perdana Putra dari Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan KFM Holdings Sdn Bhd, Nurolamin Abas (kiri) 


Hari ini ( 8 September 2014 ) Bangunan Perdana Putra yang menempatkan pejabat YAB Perdana Menteri, YAB Timbalan Perdana Menteri, Ketua Setiausaha Negara dan beberapa agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri telah menerima sijil penarafan Indeks Bangunan Hijau (GBI) Platinum.

Sijil berkenaan diterima Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada majlis penganugerahan sijil itu di bangunan ini. 
Berucap pada majlis berkenaan, YAB DS Najib berharap lebih banyak bangunan di Putrajaya dapat menggunakan teknologi hijau bagi menjadi bangunan jimat tenaga.

Hasil kejayaan tersebut Perdana Menteri berkata, Bangunan Perdana Putra kini merupakan salah satu bangunan yang paling cekap tenaga di Malaysia dan dikategorikan sebagai bangunan hijau berprestasi tinggi.
"Saya berharap kejayaan ini mampu menjadi pemangkin kepada inisiatif serupa di seluruh Malaysia," katanya ketika berucap pada majlis tersebut yang turut dihadiri oleh Timbalan beliau, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Selain YAB Tan Sri  Muhyiddin, yang turut hadir ialah Ketua Setiausaha Negara, YBhg. Tan Sri Dr. Ali Hamsa; Ketua Eksekutif Kumpulan KFM Holdings Sdn. Bhd., Nurolamin Abas dan Naib Presiden Eksekutif KFM Holdings, Fardan Abdul Majid.
KFM Holdings telah diberi tanggungjawab untuk melaksanakan usaha-usaha menjadikan Bangunan Perdana Putra sebagai bangunan hijau, sekali gus menyaksikan bangunan itu ditingkatkan dari segi kecekapan tenaga.




Dalam perkembangan berkaitan, YAB DS Najib berkata, sejajar dengan kejayaan Bangunan Perdana Putra sebagai bangunan hijau, tahap kecekapan tenaga yang dihasilkan di bangunan tersebut ketika ini lebih satu pertiga berbanding sebelumnya.
"Pada 2010 kadar intensiti (keamatan) tenaga bangunan di Perdana Putra adalah sebanyak 138 tetapi pada masa ini kadarnya cuma 85 sahaja," katanya lagi.
Perdana Menteri dalam ucapannya turut melahirkan harapan untuk melihat seluruh Putrajaya berubah menjadi sebuah bandar hijau dan pintar yang mampu memperlihatkan kemajuan ekonomi dan teknologi di negara ini.
Terdahulu pada awal ucapannya YAB DS Najib memberi penekanan mengenai senario perubahan iklim yang boleh mengancam kehidupan manusia khususnya generasi akan datang sekiranya tiada langkah sewajarnya diambil.