Salam Sejahtera,
Pengauditan Dalaman 5S JPM telah diadakan
pada 18 Januari 2014 sebagai persediaan sebelum pengauditan semula dibuat oleh
pihak Perbadanan Produktiviti Malaysia
(MPC) yang dijangka akan diadakan pada pertengahan Januari 2015.
Sebanyak 18 Zon 5S JPM telah
dibuat pengauditan oleh 3 pasukan pengauditan yang terdiri daripada 11 orang Juruaudit
Dalaman 5S JPM.
Pembentangan Penemuan Audit Kualiti Dalaman
5S oleh Ketua Pasukan Audit Dalaman 5S
JPM telah diadakan pada 19 Januari 2014 semasa Mesyuarat Penutup Audit Dalaman 5s JPM.
Mesyuarat yang bertujuan membentangkan
penemuan Audit Kualiti Dalam 5S ini telah dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Zuki
Ali TKSU(P) dan turut dihadiri oleh SUB Bahagian, fasilitor dan Ketua Zon.
Beberapa penemuan audit 5S telah
dibentangkan antaranya maklumat di folder 5S yang tidak dikemas kini, ruang kerja tidak kemas dan
tidak tersusun, peralatan rosak tidak dilabel dan diasingkan serta kabel tidak
diikat dengan kemas.
HASIL PENEMUAN AUDIT DALAMAN 5S JPM
|
Suis /Extention wayer tidak diikat dengan kemas |
|
Suddut kitar semula tidak diselenggara dengan teratut |
|
Rak peralatan pantri tidak dilabelkan |
|
di Ruang Kerja ada KEW PA 7 tidak dipamerkan/dikemaskini |
|
Stor yang tidak dikemas dan diselenggara dengan baik |
|
Ownership masih tidak menggunakan format yang seragam |
|
Alat tulis di dalam laci berterabur dan tidak disusun kemas |
|
Kabinet besi tidak dilabel dengan dokumen berkaitan dan terdapat fail/ barangan yang diletakkan di atas kabinet tersebut
Bagi tujuan penambahbaikan, beberapa cadangan
telah dikemukakan antaranya folder 5S perlu dikemaskini, minit mesyuarat zon
perlu disediakan sekurang-kurangnya 2 kali setahun dan wayar perlu dilabelkan
serta diikat dengan kemas. Berikutan dengan itu satu lagi Audit Dalaman 5S akan
diadakan pada awal Januari 2015 bagi memastikan semua Zon 5S berada dalam
keadaan yang baik bagi menghadapi pengauditan semula oleh pihak MPC.
|