05 Julai 2013

Tahniah !!!..JPM layak untuk menerima Persijilan 5S 2013-2014



Makluman daripada :-

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Induk 5S
Jabatan Perdana Menteri.

********************

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

YBhg. Datuk/Dato’/Tuan/Puan,

Sukacita dimaklumkan bahawa Pengauditan 5S oleh MPC yang dilaksanakan pada 4 Julai 2013 (Khamis), JPM telah berjaya mengekalkan Persijilan Semula 5S dengan cemerlang untuk tempoh setahun lagi, iaitu sehingga 4 Julai 2014.

2.       Dikesempatan ini saya mengucapkan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua Ahli Jawatankuasa Induk 5S, Jawatankuasa Kecil Audit/Latihan/Promosi 5S, Ketua Zon, Fasilitator dan semua warga JPM yang menjadi ahli setiap Zon 5S atas usaha, kerjasama dan sokongan padu tanpa jemu untuk menjadikan JPM sebagai agensi yang boleh menjadi contoh. Bukan sahaja dari segi kebersihan tetapi juga dari segi kecekapan sistem penyampaian dan yang penting kerjasama pasukan (team work) yang telah ditunjukkan.

3.    Kepada pihak Pengurusan atasan terutamanya Yang Berbahagia Datuk TKSUK, Yang Berusaha Datuk Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Timbalan Ketua Setiausaha (Kewangan dan Pembangunan), Setiausaha-Setiausaha Bahagian, Timbalan-Timbalan Setiausaha Bahagian dan Ketua-Ketua Seksyen,  terima kasih kerana memberikan komitmen dan sokongan padu kepada pelaksanaan dan pembudayaan 5S di JPM.

Terima kasih.

“Kualiti Dijulang Prestasi Terbilang"
“Memartabatkan Akauntabiliti Membudayakan Integriti"

Shobah binti Jamil
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Induk 5S
Jabatan Perdana Menteri
( 03 – 8872 3715 | 6 03 – 88723904 | * shobah@pajpm.gov.my

04 Julai 2013

Pengauditan 5S oleh MPC




Tuan Haji Omar Othman, wakil Juruaudit MPC bergambar bersama-sama YBhg Datuk Mohd. Zuki bin Ali, Timbalan Setiausaha (Pengurusan ), Fasilitator, Ketua Zon dan Urusetia 5S JPM selepas taklimat pengauditan 5S JPM pada 4 Julai 2013.



Selamat Datang

Salam Sejahtera dan Salam 1 Malaysia,

Warga Jabatan Perdana Menteri mengalu-alukan kehadiran Panel Pengauditan Amalan 5s, Tuan Haji Omar Othman dari Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) ;


 Semoga jabatan ini sekali lagi akan memperolehi Persijilan Amalan 5s bagi kali ketiga.
Terima kasih.

01 Julai 2013

PENGAUDITAN SEMULA 5S DI JPM OLEH PERBADANAN PRODUKTIVITI MALAYSIA

Selamat Sejahtera dan Salam 1Malaysia ,


 
UNTUK MAKLUMAN PENGAUDITAN SEMULA 5S OLEH PERBADANAN PRODUKTIVITI MALAYSIA AKAN DIADAKAN PADA 4 JULAI 2013 (KHAMIS). KETUA JABATAN, PEGAWAI 5’S DAN SEMUA WARGA JPM DIPOHON UNTUK MEMASTIKAN PERSEDIAAN DAN PERSIAPAN ZON MASING-MASING UNTUK PENGAUDITAN 5S. SILA PASTIKAN KEBERSIHAN DAN KEKEMASAN PERSEKITARAN RUANG PEJABAT, TEMPAT SIMPANAN, TEMPAT UMUM DAN KAWASAN PERSEKITARAN.

PENGAUDITAN AKAN DIMULAKAN DI ZON BLOK B7, BLOK B8 DAN BLOK B1 BERMULA JAM 10.00 PAGI HINGGA 4.30 PETANG. KERJASAMA INI AMAT DIHARGAI BAGI MEMASTIKAN JPM MEMPEROLEHI PERSIJILAN SEMULA 5S BAGI KALI KETIGA DENGAN CEMERANG. 
TERIMA KASIH.
“Kualiti Dijulang Prestasi Terbilang"
“Memartabatkan Akauntabiliti Membudayakan Integriti"

28 Jun 2013

BANGUNAN HIJAU







Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia ,

Green Building”atau istilah bahasa Melayunya bangunan hijau merupakan bangunan yang bercirikan teknologi binaan mesra alam semulajadi. Selain menjimatkan pelbagai jenis tenaga termasuk tenaga elektrik, air, angin serta kos, ianya juga turut memberi keselesaan dan persekitaran yang sihat kepada penghuninya.



Tujuan atau objektif bangunan hijau direkabentuk dan dibina :-

  • Penggunaan tenaga, air dan sumber-sumber lain secara berkesan dan tidak membazir.


  • Melindungi penghuni daripada mengalami “building sick” dan meningkat produktiviti para pekerja yang bekerja di dalam bangunan ini .  
  •  Mengurangkan pencemaran, pembaziran, dan masalah alam sekitar. Penjimatan penggunaan tenaga elektrik dapat mengurangkan suhu global.
Bagaimana kita boleh berperanan merealisasikan objektif ini ??

 
Terima kasih.

cara mengamalkan 3R:

Salam sejahtera dan Salam 1 Malaysia,




Antara cara mengamalkan 3R:

  • UBAH PERSEPSI KITA TERHADAP SAMPAH.
  • BAIKI CARA ATAU TABIAT KITA BUANG SAMPAH.
  • FIKIR DULU SEBELUM BUANG.
  • PENGASINGAN DI PERINGKAT AWAL (penting!!).
  • AMALKAN CARA PALING MUDAH TAPI BERTERUSAN.
  • SEDIAKAN SUDUT, BEKAS, TONG DAN LABEL YANG JELAS.
  • LIBATKAN ORANG DISEKELILING KITA (RAKAN SEPEJABAT, KAWAN, KELUARGA).
  • TUNJUKKAN CONTOH MELALUI TAULADAN.

27 Jun 2013

Dasar Teknologi Hijau...



Salam sejahtera dan salam 1 Malaysia,

Mari kita hayati dan fahami sedikit info mengenai Teknologi Hijau.

Definisi
Teknologi Hijau merujuk pembangunan dan aplikasi produk, peralatan serta sistem untuk memelihara alam sekitar dan alam semulajadi dan meminimumkan atau mengurangkan kesan negatif daripada aktiviti manusia. Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang memenuhi kriteria-kriteria berikut:

  •  Ia meminimumkan degrasi kualiti persekitaran; ia mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar; ia selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan; 
  • Menjimatkan tenaga dan sumber asli; dan 
  • Menggalakkan sumber-sumber yang boleh diperbaharui.

Empat Tunggak Dasar Teknologi Hijau Negara

• Tenaga - Mencari ketidakbergantungan tenaga dan mempromosikan kecekapan tenaga
• Alam sekitar - Memulihara dan meminimumkan kesan kepada alam sekitar
• Ekonomi - Meningkatkan pembangunan ekonomi negara melalui penggunaan teknologi; dan
• Sosial - Meningkatkan kualiti hidup untuk semua.

Objektif
• Untuk mengurangkan kadar peningkatan penggunaan tenaga dalam masa yang sama meningkatkan pembangunan ekonomi;
• Untuk membantu pertumbuhan dalam industri Teknologi Hijau dan meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi negara;
• Untuk meningkatkan keupayaan bagi inovasi dalam pembangunan Teknologi Hijau dan meningkatkan daya saing dalam Teknologi Hijau di persana antarabangsa;
• Untuk memastikan pembangunan mapan dan memulihara alam sekitar untuk generasi akan datang; dan
• Untuk meningkatkan pendidikan dan kesedaran awam terhadap Teknologi Hijau dan menggalakkan penggunaan meluas Teknologi Hijau.