11 April 2014

Lawatan Penanda Arasan FRIM ke JPM

Salam Sejahtera,

JPM mengalu-alukan dan mengucapkan penghargaan dan terima kasih kepada warga Institiut Penyelidikan Perhutanan Malaysia ( FRIM ) yang sudi mengadakan lawatan ke Kompleks JPM pada 10 April 2014 dalam siri lawatan penanda arasan kualiti.
Seramai 20 orang peserta lawatan telah dibawa melawat dan meninjau suasana bekerja dan amalan persekitaran kualiti yang dilaksanakan di setiap bahagian/seksyen , Jabatan Perdana Menteri.







Terima kasih.

Bengkel Penyediaan Standard Manual Dan Petunjuk Prestasi Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) JPM

Salam Sejahtera,




Bahagian Inovasi dan Pengurusan Sumber Manusia, JPM telah menganjurkan Bengkel Penyediaan Standard Manual dan Petunjuk Prestasi Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) JPM pada 18 hingga 19 Mac 2014, Selasa hingga Rabu di Banglo Transit, Presint 10, Putrajaya. Objektif penganjuran bengkel adalah seperti berikut:

  • memahami teknik dan pelaksanaan Amalan 5S secara berkesan melalui metodologi yang berfasa;
  •  mengukur keberkesanan Amalan 5S dengan menggunakan Petunjuk Prestasi Utama (KPI); 
  • membangunkan Standard Manual dan Petunjuk Prestasi Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) JPM yang seragam, teratur dan berkesan; dan 
  • memahami  kaedah dan pelaksanaan  Audit Dalaman Sistem 5S berdasarkan Standard Manual dan KPI Amalan Persekitaran Berkualiti.
Sebelum ini Amalan 5S di JPM belum melibatkan penyediaan Standard Manual dan KPI. Selain daripada itu, penyediaan Standard Manual ini merupakan satu keperluan baru dalam Amalan 5S dan akan diambil kira dalam persijilan yang akan datang. Penyediaan Standard Manual dan KPI Amalan Persekitaran Berkualiti (5S) ini adalah diperlukan bagi organisasi yang telah mengamalkan 5S di peringkat advanced termasuklah JPM yang telah mendapat persijilan 5S untuk tiga tahun.

Seramai 35 orang peserta yang terlibat secara langsung dengan Amalan 5S di JPM termasuk Ahli Jawatankuasa Induk 5S JPM, fasilitator 5S JPM dan Ketua Zon 5S JPM telah menghadiri bengkel ini dengan jayanya.