07 April 2011

Rombongan 5S JPNIN Teruja dan Kagum

Teruja dan kagum. Itulah reaksi spontan sebahagian besar ahli rombongan Jawatankuasa 5S JPNIN yang mengadakan lawatan kerja bagi meninjau pelaksanaan amalan persekitaran 5S di PAJPM pagi tadi. 

Rombongan pelawat tiba di Blok B8 tepat pukul 10.00 pagi disambut oleh AJK dan urus setia 5S PAJPM. Program dimulakan dengan sesi taklimat dan perkongsian pengalaman pelaksanaan 5S yang dipengerusikan oleh Puan Halimah Hashim, SUB Bahagian Khidmat Pengurusan merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Induk Amalan 5S PAJPM.

Pelawat kemudian dibawa melawat ke zon-zon untuk melihat sendiri hasil pelaksanaan amalan 5S. Rombongan sangat kagum dengan suasana pejabat dan ruang kerja yang kemas dan ceria. Mereka juga begitu teruja untuk mencontohi kaedah dan sistem pengurusan dokumen, bilik fail, stor aset dan inventori yang diselia dengan sistematik, tersusun dan mudah dicapai.

Warga PAJPM seharusnya bangga dengan pencapaian pelaksanaan amalan 5S yang telah mendapat pengiktirafan persijilan  MDC dan menjadi rujukan kepada agensi lain. Sama-samalah kita mengekalkan kecemerlangan dan berterusan mengamalkan 5S.

Foto sekitar lawatan JPNIN akan diupload kemudian...
       

06 April 2011

Lawatan Rombongan 5S JPNIN

Jawatankuasa Induk Amalan 5S dan seluruh warga PAJPM mengucapkan selamat datang dan mengalu-alukan lawatan rombongan AJK Amalan 5S Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN) bagi menimba pengalaman PAJPM melaksanakan amalan 5S hingga berjaya memperolehi persijilan amalan 5S.

7 April 2011, Jam 10.00 Pagi



04 April 2011

Imbasan Lawatan 5S PAJPM Ke ILKAP

Salam. Bila browse balik blog ni baru teringat catatan lawatan kerja Jawatankuasa Amalan Persekitaran 5S Ke Institut Latihan Kehakiman dan Perundangan (ILKAP) pada 20 Julai 2010 (SELASA) tahun lepas yang lupa dicatatkan dalam blog ni. Terkenang kembali masa tu, sebahagian besar ahli rombongan kami memang "blank" habis pasal 5S ni. Lawatan itu sangat mengujakan dan memberi pengalaman yang amat berguna kepada 40 orang pegawai PAJPM yang terdiri daripada ahli jawatankuasa kerja, fasilitator dan ketua zon.

ILKAP merupakan salah sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri yang telah memperolehi persijilan 5S daripada Malaysia Productivity Corporation (MPC). Sudah tentu pengalaman dan kejayaan ILKAP itu menjadi sumber inspirasi dan pendorong kepada ahli rombongan dan hasilnya ia telah merealisasikan pensijilan 5S PAJPM.