22 Mei 2013


Audit 5S JPM bagi kali ketiga akan diadakan pada awal Julai 2013. Ini bagi penyambungan persijilan 5S JPM bagi kali ketiga.

Mesyuarat Jawatankuasa Induk 5S bertarikh 7 Mei 2013 telah memutuskan dan bersetuju bahawa Kriteria 5S JPM yang telah digunapakai pada 2010 hingga 2013 ditambahbaik dengan Senarai Semak 5S 2012-2013.  

Pelaksanaan 5S bagi tahun 2013 tidak akan melibatkan sebarang pengauditan 5S secara dalaman oleh Jawatankuasa Kecil 5S JPM, sebaliknya Pengauditan 5S akan dilakukan sendiri oleh Fasilitator dan Ketua Zon masing-masing berdasarkan Senarai Semak 5S yang telah disediakan oleh Jawatankuasa Kecil Audit 5S. 

Pengauditan melalui Senarai Semak ini tidak melibatkan pemarkahan dan menjadi tanggungjawab Fasilitator dan Ketua Zon memastikan perkara-perkara yang diperlukan dalam Senarai Semak disediakan dengan sempurna [ada atau tiada]. Pegawai / kakitangan juga boleh dilantik untuk melaksanakan pengauditan 5S di zon masing-masing selain daripada Fasilitator dan Ketua Zon.
Pengauditan secara lawatan akan dilaksanakan oleh Jawatankuasa Induk 5S dan Jawatankuasa Kecil Audit 5S pada 23 Mei 2013 (Khamis). 
Kerjasama tuan/puan dalam mengemaskini zon 5S masing-masing  didahului dengan ucapan terima kasih.

18 Oktober 2012

Kejayaan PAJPM Dalam Konvensyen Persekitran Berkualiti (QE/5S)




PAJPM telah berjaya diberi penarafan emas dalam Konvensyen Persekitaran Berkualiti (QE/5S) di peringkat Kebangsaan yang telah diadakan pada 15-17 Oktober 2012 di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC).

Pengiktirafan ini merupakan pengiktirafan terbaik kerana ini adalah kali pertama PAJPM menyertai Konvensyen Persekitaran Berkualiti (QE/5S) di peringkat Kebangsaan selepas PAJPM mendapat tiga (3) bintang pada Konvensyen Persekitaran Berkualiti peringkat Wilayah Tengah dan seterusnya melayakkan untuk bertanding di peringkat kebangsaan.

Tahniah dan syabas diucapkan kepada semua pihak khususnya mereka yang terlibat mewakili PAJPM dalam Konvensyen tersebut, iaitu:
                             i.                Puan Mazura binti Rohani
                            ii.                Puan Nor Kamiliati binti Khamis
                           iii.                Encik Saidunkarnaen bin Bakhori
                          iv.                Encik Muhammad Firdaus bin Sudin
                                                    v.                Puan Fatimah binti Mohamad
                                                  vi.                Puan Nor Hidayat binti Aripin
                                                vii.                Puan Farahniza binti Ruslan
                       viii.                Cik Normila binti Samsuni
                          ix.                Cik Hanan Najmuddin

Terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Datuk TKSUK yang memberikan sokongan untuk PAJPM menyertai Konvensyen Persekitaran Berkualiti (QE/5S) di peringkat Kebangsaan. Terima kasih jua kepada semua Ketua-Ketua Bahagian dan semua pegawai PAJPM yang banyak memberikan kerjasama kepada Jawatankuasa Induk dan Jawatankuasa Kerja dalam melaksana dan meneruskan Program Amalan 5S.





18 September 2012

Lawatan Kerja 5S YADIM

YADIM (Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia) telah mengadakan lawatan kerja 5S ke PAJPM pada 18 September 2012. Tujuan lawatan kerja ini adalah untuk melihat pelaksanaan dan amalan 5S yang dilaksanakan di PAJPM.

Selain ucapan aluan pengerusi, turut diadakan adalah tayangan montaj 5S, sesi soal jawab dan sesi bergambar.

Pihak YADIM juga dibawa melawat ke beberapa Zon 5S iaitu Zon Safir, Jade, Aquamarine, Zircon, Kristal, dan Moonstone.













Penyertaan Team 5S PAJPM dalam Pertandingan Konvensyen Persekitaran Berkualiti (5S) Peringkat Wilayah Tengah 2012


Tahniah Pasukan 5S PAJPM! 











Team 5S PAJPM telah menyertai Konvensyen Persekitaran Berkualiti (5S) peringkat Wilayah Tengah 2012 pada 27 Jun 2012 di Shah Alam Convention Centre (SACC).

Hasil kerjasama dan komitmen tinggi, team 5S PAJPM telah memperolehi pengiktirafan 3 bintang dengan markah 88.9% iaitu  di tempat pertama bagi peringkat Wilayah Tengah dan melayakkan JPM menyertai Pertandingan Konvensyen Persekitaran Berkualiti (5S) peringkat Kebangsaan pada 14-17 Oktober di KLCC.

TAHNIAH kepada pasukan JPM, Urusetia Induk 5S juga mengucapkan setinggi penghargaan di atas sokongan pengurusan tertinggi, Ketua-Ketua Zon dan warga PAJPM yang telah banyak memberi cadangan dan pandangan untuk memberikan persembahan 5S yang terbaik.



Video Amanat YBhg Datuk TKSUK





Pihak Pengurusan PAJPM sentiasa menekankan kepentingan amalan 5S di PAJPM, juga menyokong penuh usaha untuk mempertingkatkan amalan 5S PAJPM supaya menjadi rujukan agensi-agensi lain.

Aktiviti Sebalik Tabir Persediaan Anugerah QE/5S







Konvensyen QE/5S Peringkat Wilayah Timur
- 27 Jun 2012 -






Raptai Persembahan 5S
- 26 Jun 2012 -







Mesyuarat/Perbincangan Persediaan Anugerah QE/5S 
- 14 Jun 2012 -




Mesyuarat Sempena Persediaan Anugerah QE/5S 
- 11 Jun 2012 -