07 Jun 2012

Pertandingan Mencipta Lagu 5S PA JPM


Seperti yang kita sedia maklum, PA JPM telah berjaya mengekalkan persijilan 5S dengan cemerlang daripada MPC buat kali kedua pada 7 Mac 2012. Berdasarkan kecemerlangan dan markah yang diperolehi melebihi 85%, PA JPM telah dijemput oleh MPC untuk menyertai Konvensyen Persekitaran Berkualiti (QE/5S) peringkat Wilayah Tengah pada 26-27 Jun 2012 dan PA JPM akan turut serta dalam Konvensyen tersebut.

Sehubungan itu,  bagi menyemarakkan lagi aktiviti dan budaya 5S di PAJPM sambil menambah elemen kreativiti warga PA JPM bagi Konvensyen tersebut, Jawatankuasa 5S PA JPM bersetuju mengadakan Pertandingan Mencipta Lagu 5S PA JPM. Pertandingan mencipta lagu ini hanya terbuka kepada warga PA JPM sahaja dan hanya seorang pemenang sahaja yang akan terpilih. Tarikh tutup pertandingan pada 15 Jun 2012 (Jumaat) sebelum jam 6.00 petang.

SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN CIPTA LAGU 5S PAJPM


1.            Pertandingan ini terbuka kepada semua warga PAJPM.  

2.          Lagu hendaklah ciptaan asal dan jangka masa hendaklah tidak melebihi tiga (3)
       minit. Penyertaan adalah tidak terhad.

3.            Ciptaan lagu adalah bebas dan menggunakan unsur pengamalan 5S. Penilaian akan
        diberikan kepada aspek kreativiti melodi dan kesesuaian lirik yang bermutu.

4.            Lirik lagu adalah dalam bahasa Malaysia.

5.   Penyertaan mestilah disertakan dalam bentuk CD dengan rakaman suara menggunakan sekurang-kurangnya satu alat muzik iringan atau menyertakan skor piano dengan lirik di bawah melodi. Lampiran lirik juga perlu disertakan di dalam kertas berasingan.

6.            Lagu-lagu yang terpilih ke peringkat akhir sahaja akan menjadi hak milik PA JPM.

7.            Lagu-lagu lain yang tidak terpilih adalah hak milik pencipta.

8.            Keputusan juri adalah MUKTAMAD.

9.            Tarikh tutup penyertaan ialah pada 15 Jun 2012.

10.        Hadiah Pertandingan Cipta Lagu 5S PAJPM hanya pada seorang pemenang
       sahaja. Hadiah adalah dalam bentuk wang tunai. Bagi penyertaan yang tidak
       berjaya akan diberi sijil penghargaan.

11.        Sebarang pertanyaan, boleh menghubungi Puan Norhidayat Binti Aripin dan
   Puan Mariani Binti Morni di talian 03-88723443 / 88723420 atau emel: hidayat@pajpm.gov.my dan Mariani@pajpm.gov.my.

12.         Borang Pertandingan Cipta Lagu 5S PA JPM dan Lagu hendaklah dimasukkan
     dalam Sampul Bersaiz A4 dan di sebelah kanan sampul surat hendaklah ditulis “Pertandingan Lagu 5S 2012 Peringkat PA JPM” kepada urusetia.

04 Jun 2012

Kursus Pemantapan Amalan 5S Bil 1/2012







PAJPM telah mengadakan kursus Pemantapan Amalan 5S bil. 1/2012 bertempat di Dewan Serbaguna 2, Aras 3, Blok B1, Kompleks JPM, Putrajaya. Kursus tersebut dikendalikan oleh Encik Lizuan Abd Latif, Perunding Qualitynind Sdn Bhd.

Di kursus ini juga peserta telah dimaklumkan bahawa PAJPM akan menyertai Konvensyen Anugerah QE/5S Peringkat Wilayah. Sekiranya mencapai tahap kelayakan, 5S PAJPM boleh menyertai konvensyen peringkat kebangsaan. Dengan itu JK 5S PAJPM perlu giat membuat persiapan untuk menyertai konvensyen tersebut.

Untuk itu, setiap zon diminta untuk mengenal pasti impak pelaksanaan 5S kepada bidang tugas Bahagian / Unit masing-masing. Di samping itu, JK khusus telah dibentuk dan dilantik untuk menyelaras persiapan pertandingan.
Kerjasama semua warga PAJPM dan zon-zon 5S dalam memberi input dan membantu persiapan adalah amat dialu-alukan.

Semoga PAJPM berjaya dalam konvensyen peringkat Wilayah dan seterusnya layak pula menyertai konvensyen peringkat kebangsaan.






15 Mac 2012

Sekitar Pengauditan Yang Dijalankan oleh MPC












Syabas & Tahniah Warga PAJPM!


Pengauditan 5S oleh MPC yang dilaksanakan pada  (7 Mac 2012), PAJPM telah berjaya mengekalkan Persijilan Semula 5S dengan cemerlang untuk tempoh setahun lagi, iaitu sehingga 7 Mac 2013. 


Syabas dan tahniah kepada semua warga PAJPM. Semoga prinsip dan amalan 5S berkembang menjadi budaya dan jatidiri kita semua. 


Terima kasih diucapkan kepada seluruh warga PAJPM yang telah memberikan komitmen yang tinggi dalam mengekalkan pensijilan 5S. Kejayaan ini adalah kejayaan anda semua yang telah banyak memberikan sokongan kepada pihak pengurusan. Amalan terbaik ini hendaklah dikekalkan dalam apa juga program yang akan dilaksanakan nanti.  

05 Mac 2012

Sudahkah Anda Bersedia..?

Tinggal Satu Hari Sahaja Lagi Untuk Pengauditan Semula 5S oleh MPC.

SUDAHKAH ANDA BERSEDIA???

08 Disember 2011

Pengauditan MPC Bagi Pensijilan Semula 5S PAJPM Dijadual Januari 2012

Pengauditan di Zon Emerald pada 23/11/2011

Pengauditan Sudut 5S di Zon Emerald pada 23/11/2011

Berita terkini diterima blogmaster pagi ini yang pihak Perbadanan Produktiviti Malaysia atau MPC akan mengadakan pengauditan bagi pensijilan semula amalan 5S bagi PAJPM pada bulan Januari 2012.

Pemerhatian oleh Blogmaster, hasil dua siri pengauditan dalaman yang diadakan sejak November lalu, didapati semua zon telah bersiap sedia untuk dinilai oleh pihak MPC.
Namun demikian, pihak  pengurusan memutuskan perlu diadakan sekali pengauditan dalaman bagi memantapkan lagi persediaan menghadapi pengauditan oleh pihak MPC tersebut.  

Sehubungan itu, Jawatankuasa Induk 5S menetapkan pengauditan dalaman siri ketiga pada 13 hingga 15 Disember 2011.

Jadi apa tunggu lagi? Jom kita luangkan masa 5 minit sebelum balik hari ini untuk kemas-kemas dan sapu habuk di sekitar tempat kerja kita.  


 "5 Minit Sebelum, 5 Minit Selepas"