01 Mac 2011
09 Februari 2011
30 Januari 2011
Salam 5S...!
Assalamualaikum, Salam 5S diucapkan kepada semua warga PAJPM. Agak lama blogmaster tidak berkesempatan untuk update blog ni.
Sejak majlis penerimaan Sijil 5S - 12 Januari lalu, nampaknya semua pihak merasa puashati dengan usaha melaksanakan amalan 5S yang bermula Julai 2010. Pengumuman siaraya mengenai 5S, yang kerap kedengaran semasa pelaksanaan 5S dulu agak jarang kedengaran sekarang. Jarang kedengaran perbincangan mengenai 5S di kalangan warga...
Benarkah ada meja dan workstation mulai berselerak sekarang ni? Kebanyakan orang dah tak gaduh pasal 5S? Sudut 5S tak dimantain, hingga ada gambar berjatuhan tidak dipasang balik? Kalau benar, apa sudah jadi dengan 5S kita?
Ayuh warga PAJPM! Bangunlah daripada keseronokan yang berpanjangan. Mari mengorak langkah baru menuju impian merealisasikan penyertaan kita di peringkat kebangsaan tahun ini, tak berapa lama lagi. Masa tentu begitu cepat berlalu.
Ya, matlamat kita mengekalkan persijilan dan juara di peringkat kebangsaan! Kalau kita boleh raih persijilan dalam masa 6 bulan, kita juga boleh mencapainya di peringkat kebangsaan kelak.
12 Januari 2011
Majlis Penganugerahan Sijil 5S
![]() |
| Ini dia sijilnya... |
Sudah Terang Lagi Bersuluh...
Semua warga terutama pihak pengurusan dan AJK Amalan 5S kelihatan
amat gembira dan ceria apabila Sijil 5S yang dinantikan sejak pengauditan akhir
oleh panel penilai Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) bulan
lepas diterima dengan rasminya pagi tadi.
| Dato' Zainol menerima sijil 5S daripada Encik Mohd. Razali (kiri) sambil disaksikan oleh Datuk Othman Mahmood, TKSU dan Encik Mohtar Mohd Abd Rahman, SUB (S) merangkap Pengerusi JK Induk Amalan 5S. |
Sijil Amalan Pengurusan Persekitaran Berkualiti (5S) itu diterima oleh YBhg. Dato’ Zainol Othman, Timbalan Ketua Setiausaha Kanan daripada Encik Mohd. Razali Hussain, Ketua Pengarah MPC dalam majlis ringkas tapi penuh meriah dan bersejarah sempena perhimpunan bulanan PAJPM di Auditorium Kompleks JPM.
| Kenang-kenangan bersama pihak pengurusan dan AJK induk 5S |
Tahniah
dan syabas diucapkan kepada semua warga PAJPM kerana daya usaha, kegigihan dan
komitmen yang telah dicurahkan dalam menjayakan pelaksanaan amalan 5S dan
merealisasikan persijilan 5S itu.
28 Disember 2010
Setelah 2 Minggu Berlalu...
Bersua lagi. Penghujung tahun begini mungkin ramai rakan yang mengambil cuti tahunan, terutama menjelang penghujung cuti persekolahan hingga sekolah dibuka awal Januari depan.
Setelah dua minggu usaha kita mendapat pengiktirafan MPC, rasanya belum lekang lagi cerita kejayaan itu dari perbualan harian warga PAJPM. Ramai masih bersemangat untuk meneruskan putaran 5S. Apa yang penting sekarang ialah menjadikan 5S amalan dan budaya kerja kita di PAJPM.
Jangan Lupa...
"5 Minit Pagi & 5 Minit Petang"
17 Disember 2010
Bukan Masa Untuk Tutup Buku
Tiada siapa mempertikaikan setelah kita bertungkus lumus berusaha dan setelah matlamat kita tercapai, maka tibalah masa untuk kita berehat dan bersantai untuk menikmati hasil usaha kita itu. Dalam kita merayakan kejayaan kita memperolehi persijilan 5S, tidak salah untuk kita meraikan pencapaian kita.
Walau bagaimanapun, perlu diingat dalam amalan 5S, S yang ke-5 iaitu SHITSUKE (SENTIASA AMAL) merupakan S yang paling penting mengapa amalan 5S itu diterapkan dan diamalkan dalam budaya kerja sesebuah organisasi. Pengamalan itu perlu dilaksanakan berterusan menjadi amalan dan budaya kita di PAJPM.
Bagi menjamin pengamalan yang berterusan pihak Pengurusan telah bersetuju untuk PAJPM menyertai
National Quality Environment (5S) Convention pada tahun 2011. Sehubungan itu, semua pihak hendaklah bersedia dari
sekarang untuk memastikan penyertaan PAJPM pada peringkat Kebangsaan pada tahun
2011 dalam pelaksanaan Amalan 5S adalah berada pada tahap standard yang terbaik untuk dipertandingkan.
Amalan 5S yang telah
dilaksanakan di PAJPM pada ketika ini perlu ditambah nilai dengan kreativiti dan
inovasi yang lebih baik supaya layak
untuk dipertandingkan di peringkat Kebangsaan.
16 Disember 2010
15 Disember 2010
5S - Panel Penilai MPC Kagum Dan Amat Berpuashati
Sekali lagi mari kita mengucapkan syukur
alhamdulillah, kerana matlamat untuk mendapat pengiktirafan dan
persijilan program Amalan Persekitaran Berkualiti 5S di PAJPM telah menjadi kenyataan.
Hasil penilaian dan lawatan yang dilakukan, panel penilai 5S sangat kagum dan amat berpuashati dengan pelaksanaan amalan 5S di PAJPM dan memutuskan PAJPM layak untuk diberi Pensijilan 5S tanpa syarat. Dengan markah melebihi 85 peratus, pencapaian PAJPM diiktiraf bertaraf cemerlang atau 5 Star.
Keputusan audit pensijilan itu dimaklumkan oleh Encik Ismail Mohd Noor dan Encik Zaki Jaafar, panel penilai daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) selepas membentangkan laporan keputusan audit di hadapan Jawatankuasa 5S kelmarin. Pengumuman itu merupakan kejutan yang memberikan senyuman kegembiraan kepada ahli jawatankuasa dan pegawai PAJPM yang hadir semasa sesi penutup dan rumusan penilaian.
Kejayaan kita memperolehi pengiktirafan dan pensijilan 5S daripada MPC itu adalah hasil kegigihan dan komitmen seluruh warga kerja PAJPM serta bukti kesungguhan semua pihak bagi mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti dan kondusif di PAJPM.
Hasil penilaian dan lawatan yang dilakukan, panel penilai 5S sangat kagum dan amat berpuashati dengan pelaksanaan amalan 5S di PAJPM dan memutuskan PAJPM layak untuk diberi Pensijilan 5S tanpa syarat. Dengan markah melebihi 85 peratus, pencapaian PAJPM diiktiraf bertaraf cemerlang atau 5 Star.
Keputusan audit pensijilan itu dimaklumkan oleh Encik Ismail Mohd Noor dan Encik Zaki Jaafar, panel penilai daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) selepas membentangkan laporan keputusan audit di hadapan Jawatankuasa 5S kelmarin. Pengumuman itu merupakan kejutan yang memberikan senyuman kegembiraan kepada ahli jawatankuasa dan pegawai PAJPM yang hadir semasa sesi penutup dan rumusan penilaian.
Kejayaan kita memperolehi pengiktirafan dan pensijilan 5S daripada MPC itu adalah hasil kegigihan dan komitmen seluruh warga kerja PAJPM serta bukti kesungguhan semua pihak bagi mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti dan kondusif di PAJPM.
Sementara itu, semasa sesi taklimat pengauditan
5S yang dipengerusikan oleh Dato’ Zainol Othman, TKSUK sebelah paginya, ahli
panel penilai telah diberi penerangan dan taklimat pelaksanaan 5S oleh SUB(S) diikuti
dengan tayangan multimedia yang memaparkan aktiviti penambahbaikan yang telah
dilaksanakan di PAJPM semenjak amalan 5S mula dilaksanakan Jun tahun ini.
Selain itu, mereka turut melakukan semakan dokumentasi Jawatankuasa 5S serta mengadakan lawatan dan pemeriksaan ke semua kawasan di zon seperti bilik fail, stor, pantri, tandas, stesyen kerja dan ruang umum untuk menilai tahap kepatuhan amalan 5S dan melihat dengan lebih dekat keberkesanan amalan 5S di PAJPM.
Pada akhir sesi pengauditan, panel penilai telah membuat beberapa kesimpulan dan memberikan tip-tip serta cadangan penambahbaikan untuk diberi perhatian untuk mengekalkan kecemerlangan amalan 5S.
Selain itu, mereka turut melakukan semakan dokumentasi Jawatankuasa 5S serta mengadakan lawatan dan pemeriksaan ke semua kawasan di zon seperti bilik fail, stor, pantri, tandas, stesyen kerja dan ruang umum untuk menilai tahap kepatuhan amalan 5S dan melihat dengan lebih dekat keberkesanan amalan 5S di PAJPM.
Pada akhir sesi pengauditan, panel penilai telah membuat beberapa kesimpulan dan memberikan tip-tip serta cadangan penambahbaikan untuk diberi perhatian untuk mengekalkan kecemerlangan amalan 5S.
14 Disember 2010
Yes! 5 Bintang - Syukur Dan Tahniah!
Syukur alhamdulillah, akhirnya cita-cita dan matlamat untuk mendapat pengiktirafan dan persijilan bagi program amalan persekitaran berkualiti 5S di PAJPM menjadi kenyataan hari ini.
TAHNIAH
Kepada Semua Warga PAJPM Di Atas Kejayaan Itu!
Selamat Datang Ahli Panel Audit 5S
Warga PAJPM Mengalu-alukan Kehadiran
Dan Mengucapkan Selamat Datang Kepada Ahli Panel Pengauditan Amalan 5S Daripada Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC)
13 Disember 2010
HARI PENENTUAN BAGI PERSIJILAN
Saat yang ditunggu-tunggu sudah tiba. Esok, 14 Disember 2010 adalah Hari Penentuan bagi persijilan 5S.
10 Disember 2010
14 Disember 2010 - Penentuan Persijilan 5S
Hari ini pihak urus setia telah mendapat lampu hijau daripada MPC. Pengauditan terakhir 5S akan diadakan pada 14 Disember minggu hadapan. Menurut sumber yang boleh dipercayai, biasanya keputusan sama ada kita layak mendapat persijilan akan diketahui pada hari yang sama.
Seluruh warga PAJPM menanti saat bersejarah itu. Semua pihak menaruh harapan biarlah usaha gigih dan komitmen mereka melaksanakan program itu sejak Julai lalu akan membuahkan hasil yang boleh dibanggakan.
Persijilan itu nanti adalah pengiktirafan yang amat bermakna kepada warga dan pihak pengurusan PAJPM. Sekiranya ia menjadi kenyataan, PAJPM adalah antara organisasi yang berjaya melaksanakan 5S dan mendapat persijilan dalam masa yang amat singkat iaitu kurang daripada enam bulan.
Persijilan itu nanti adalah pengiktirafan yang amat bermakna kepada warga dan pihak pengurusan PAJPM. Sekiranya ia menjadi kenyataan, PAJPM adalah antara organisasi yang berjaya melaksanakan 5S dan mendapat persijilan dalam masa yang amat singkat iaitu kurang daripada enam bulan.
| Terkini - Susunan Bekalan Alatulis Di Stor Pusat, Seksyen Aset |
| Susunan Fail Flimsi di Bahagian Akaun |
| Bahagian Akaun Blok B7 |
| Stor Pusat Seksyen Aset |
| Stor Fail Pusat - Zon Zircon, Bahagian BKP |
| Stor Fail Pusat (Fail Peribadi) - Zon Zircon |
| Kemas dan Tersusun - Laci Pegawai Zon Zircon |
| Suasana Pantri |
| Peralatan Tersusun Di Parkirnya |
| Suasana Ruang Pejabat Zon Zircon |
| Ruang Kerja Yang Kemas dan Selesa |
"Persekitaran Selesa, Kerja Cemerlang"
06 Disember 2010
Tarikh Audit Akhir Ditunda..
Adalah dimaklumkan kemungkinan pengauditan terakhir akan ditunda daripada 8 Disember 2010 kepada 14 Disember 2010 kerana pertindihan tarikh dengan beberapa program dan komitmen lain PAJPM dan MPC pada tarikh tersebut. Perkara ini akan dimaklumkan secara rasmi oleh pihak urus setia.
| Ahli Zon Zircon Nampak Gembira Kerana Zon Mereka Boleh Dikatakan Telah Bersedia Sepenuhnya Untuk Diaudit Pada Pengauditan Terakhir Nanti |
Jadi, masih banyak masa untuk mengemaskini zon masing-masing...
Sementara itu berikut ialah laporan ringkas penemuan dan cadangan penambahbaikan oleh auditor semasa pra-audit pada 3 Disember lalu.
Perkara-perkara ini hendaklah diambil tindakan dan dilaksanakan dengan
segera oleh semua zon
untuk pengauditan sebenar yang akan dijalankan oleh MPC kelak.
- Keputusan markah yang diperolehi adalah 80%. Harapan panel pengauditan supaya markah dapat dicapai 85% pada pengauditan sebenar 5S yang akan diadakan kelak;
- Ketua-Ketua Zon dikehendaki memastikan supaya Keputusan Audit Bil. 1 hingga Bil. 4 dipaparkan di Sudut 5S zon masing-masing;
- Carta perbatuan setiap Jawatankuasa dan Zon perlu dikemaskini semula bermula Jun hingga Disember 2010. Masih banyak zon tidak mengemaskini carta perbatuan dan didapati perancangan dan pelaksanaan hanya sehingga bulan November 2010;
- Semasa pra-pengauditan 5S dijalankan, didapati masih terdapat ramai warga PAJPM tidak dapat menjawab soalan mengenai 5S terutama apabila ditanya berkenaan polisi, motto dan objektif 5S PAJPM serta faedah dan manfaat yang boleh diperolehi hasil pelaksanaan 5S.
- Oleh itu, Ketua Zon hendaklah memastikan setiap warga kerja di zon masing-masing memahami dengan jelas dan menghayati tentang Amalan 5S (seboleh-bolehnya hafal) supaya lebih bersedia untuk menjawab soalan daripada juru audit MPC;
- Papan pergerakan warga kerja setiap Bahagian/Seksyen hendaklah dikemaskini dari semasa ke semasa;
- Didapati terdapat banyak lampu yang malap/rosak terutama di Bilik Fail, stor, bilik mesyuarat dan ruang kerja. Setiap Bahagian/Seksyen hendaklah membuat aduan on-line kepada pihak JRM berkenaan lampu yang malap/rosak;
- Pastikan tempat/ruang yang berlabel mempunyai item dan tidak dibiarkan kosong;Elemen "SAPU" hendaklah dititikberatkan. Masih banyak kawasan umum dan ruang kerja di zon berhabuk. Sila pastikan habuk-habuk telah dibersihkan terutama di atas kabinet, bunga plastik, di mesin-mesin fotostat, keyboard komputer, tempat-tempat tersorok dan sebagainya;
- Prinsip "SUSUN" di mana everything in places. Setiap item dan dokumen hendaklah diletakkan di tempat yang sama. Bagi memudahkan penyusunan sistem numbering hendaklah digunakan supaya item/dokumen yang telah diambil akan diletakkan di tempat asalnya semula;
- Harta modal dan inventori yang disimpan di stor berpusat dan stor transit perlulah mempunyai Minimum Stock Level /Indicator di tempat simpanan bagi mengelakkan kehabisan stok di Bahagian/Seksyen. Stok di stor transit tidak boleh dibiarkan kosong;
- Bagi zon-zon yang mempunyai stor transit, sila pastikan rekod senarai aset dan rekod keluar masuk aset hendaklah disediakan dan dikemaskini dari semasa ke semasa supaya jumlah aset fizikal adalah sepadan dengan jumlah aset yang direkodkan;
- Setiap Bilik Mesyuarat/Perbincangan dikehendaki mengandungi KEW.PA-7 (senarai aset);
- Pastikan ahli kumpulan zon dan staff yang mengendalikan fail itu sendiri dapat mencari fail dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu 30 saat. Ini bagi memastikan cara penyimpanan dan penyusunan fail sedia mudah dicapai dan lebih praktikal;
- Zon yang telah dikenalpasti masih lemah dikehendaki mengambil tindakan segera dari segi prinsip susun, sapu dan seragam terutama di pantry, kabinet, bilik fail dan workstation; dan
- Pemantauan akan dijalankan sekali lagi oleh Jawatankuasa Induk Amalan 5S dan Jawatankuasa Kecil Audit 5S untuk memastikan zon-zon telah melaksanakan perkara-perkara di atas pada 10 (KHAMIS) dan 13 Disember (ISNIN) 2010.
03 Disember 2010
Pra-pengauditan MPC
Pra-pengauditan pelaksanaan amalan 5S PAJPM telah diadakan hari ini, 3/12/2010 oleh Encik Mohammad Muzaffar Abd Hamid daripada MPC. Pra-audit dimulakan dengan majlis taklimat pelaksanaan amalan 5S yang dipengerusikan oleh Yang Berbahagia Dato' Zainol Othman, TKSUK.
Taklimat pelaksanaan 5S disampaikan oleh Yang Berbahagian Encik Mohtar Mohd Abd Rahman, SUB (BIPSM) selaku Pengerusi JK Induk Pelaksanaan 5S. Turut hadir ialah Puan Hajjah Halimah Hashim, SUB (P) yang juga Timbalan Pengerusi JK Induk serta semua Ketua Bahagian, AJK dan Ketua Zon. P
Pengauditan adalah menyeluruh dan Panel Audit telah melawat semua zon dalam sehari suntuk. Apa yang menarik ialah Juruaudit telah bertanyakan soalan yang tidak disangka-sangka oleh warga PAJPM. Ramai yang tidak ingat dan gagal menjawab mengenai apa DASAR 5S PAJPM, OBJEKTIF dan MOTTO.
Blogmaster akan menambahkan foto-foto sepanjang lawatan pengauditan dalam masa terdekat.
| Fail Dokumentasi JK Induk Sedang Diperiksa Oleh Juruaudit, Encik Muzaffar |
| JK Latihan |
| JK Audit Dalam |
| Susunan Dalam Pantri |
01 Disember 2010
Audit Persijilan 5S Oleh MPC
Seperti semua sedia maklum, MPC akan mengadakan pengauditan ke atas program amalan 5S PAJPM pada 3 dan 8 Disember 2010. Mohon semua warga mengambil maklum...
Pengertian Logo 5S
Untuk memenuhi kehendak dan tidak menghampakan permintaan ramai berikut ialah pengertian logo 5S PAJPM yang boleh dipamer dan dihayati:
BENTUK
Bentuk Bunga Raya Berkelopak Lima - Melambangkan lima rukun amalan 5S iaitu
Sisih, Susun, Sapu, Seragam dan Sentiasa Amal.
Bulatan Hitam bertulis Pentadbiran Am, Jabatan Perdana Menteri - Melambangkan perpaduan, kesepakatan, kerjasama
dan semangat sepasukan antara semua ahli zon dan warga PAJPM dalam menjayakan
amalan 5S di PAJPM.
Kotak Segi Empat Pelbagai Warna – Mewakilikan bentuk batu permata pelbagai
jenis dan warna yang digunapakai sebagai nama zon 5S. Ia melambangkan motivasi
dan keteguhan antara semua zon dengan tema masing-masing.
Bentuk Empat Segi Bujur Tegak Melingkungi Di Luar - merupakan simbolik kepada komitmen pihak
pengurusan dan ahli zon semua peringkat dalam organisasi PAJPM untuk menjayakan
pelaksanaan amalan 5S di PAJPM.
WARNA
Warna bagi setiap kelopak merupakan warna batu permata yang digunakan oleh zon-zon sebagai
warna rasmi zon - melambangkan aura keceriaan dan semangat ahli zon dan warga
PAJPM dalam melaksanakan amalan 5S.
BIRU - Melambangkan kesepaduan dan kerjasama
semua warga kerja PAJPM dalam mengharungi 5S dengan penuh cabaran.
MERAH - Melambangkan keberanian semua warga kerja
PAJPM untuk mengatasi segala cabaran dan rintangan dalam mengamalkan amalan 5S.
JINGGA - Melambangkan keyakinan dan kepuasan dalam pelaksanaan
5S dan menjalankan tugas di PAJPM.
HIJAU
MUDA - Melambangkan pembaharuan,
kekemasan, kebersihan dan keselesaan suasana persekitaran kerja selepas
kejayaaan 5S.
UNGU - Melambangkan kehormatan, kebanggaan dan kejayaan serta menunjukkan
kesempurnaan dan rasa kekaguman mengenai kejayaan pelaksanaan amalan 5S.
30 November 2010
Kriteria Audit 5S MPC
* Penilaian terhadap perancangan aktiviti, dokumentasi dan persiapan bagi penilaian di lapangan.
** Penilaian dan pemeriksaan di lapangan bagi menentusahkan (verify) amalan 5S dilaksanakan.
Senarai Semak
Pengauditan Amalan 5S Oleh MPC
1. Adakah Ketua Jabatan dan Pihak Pengurusan menyokong program?
2. Adakah warga jabatan bangga dengan tempat kerja mereka?
3. Adakah tempat kerja bersih dan dikelolakan (sentiasa kemas dan teratur)?
4. Adakah tempat kerja selamat untuk warga Jabatan bertugas di tempatnya?
5. Adakah mesin-mesin dan peralatan-peralatan bersih dan diselenggara?
6. Adakah barang-barang mudah diperolehi atau dikeluarkan semula?
7. Adakah mesin-mesin dan alat-alat diletakkan di tempat yang mudah dan selesa digunakan?
8. Adakah inventori-inventori disimpan bagi mendapatkan semula secara ‘masuk dulu keluar dulu’ - FIFO?
9. Adakah tempat, peralatan dan barang-barang bebas daripada habuk dan debu?
10. Adakah warga jabatan melakukan pengemasan dan pembersihan harian secara sukarela tanpa sentiasa 'kena' diingatkan?
11. Adakah pakaian/seragam yang dipakai oleh warga bersih dan kemas?
12. Adakah imej baik jabatan terpancar pada setiap individu warga Jabatan?
2. Adakah warga jabatan bangga dengan tempat kerja mereka?
3. Adakah tempat kerja bersih dan dikelolakan (sentiasa kemas dan teratur)?
4. Adakah tempat kerja selamat untuk warga Jabatan bertugas di tempatnya?
5. Adakah mesin-mesin dan peralatan-peralatan bersih dan diselenggara?
6. Adakah barang-barang mudah diperolehi atau dikeluarkan semula?
7. Adakah mesin-mesin dan alat-alat diletakkan di tempat yang mudah dan selesa digunakan?
8. Adakah inventori-inventori disimpan bagi mendapatkan semula secara ‘masuk dulu keluar dulu’ - FIFO?
9. Adakah tempat, peralatan dan barang-barang bebas daripada habuk dan debu?
10. Adakah warga jabatan melakukan pengemasan dan pembersihan harian secara sukarela tanpa sentiasa 'kena' diingatkan?
11. Adakah pakaian/seragam yang dipakai oleh warga bersih dan kemas?
12. Adakah imej baik jabatan terpancar pada setiap individu warga Jabatan?
Perkara Lain Yang Akan Diperiksa:
1. Dasar dan Objektif Amalan 5S.
2. Aktiviti kumpulan kecil (Jawatankuasa dan Zon).
3. Kawasan persekitaran pejabat dan bangunan.
4. Skim galakan yang diamalkan.
"PERSEKITARAN SELESA,
KERJA CEMERLANG"
29 November 2010
Jawatankuasa Induk Puas Hati Dengan Persiapan Pra-Audit Persijilan 5S
Jawatankuasa Induk Amalan 5S PAJPM yang bermesyuarat petang ini berpuashati dengan persiapan PAJPM untuk menghadapi pra-audit persijilan 5S yang akan dilaksanakan oleh MPC minggu depan (pra-audit itu sepatutnya diadakan minggu ini - 29-30 November, tetapi ditunda disebabkan pihak MPC terlibat dengan konvensyen 5S peringkat kebangsaan).
Berdasarkan persiapan itu, Encik Mohtar Mohd Abd Rahman, SUB (S) merangkap Pengerusi JK Induk Amalan 5S PAJPM, yang mempengerusikan mesyuarat JK Induk 5S sebentar tadi yakin laluan bagi persijilan itu insyaAllah akan dipermudahkan Tuhan dan tidak akan menghadapi rintangan yang besar.
Namun begitu, beliau berharap Urus Setia terus memantau zon-zon untuk mempastikan pelaksanaan 5S di zon-zon mencapai standard yang ditetapkan. Oleh itu beliau meminta JK Audit Dalaman membuat pengauditan khas sekali lagi terhadap zon-zon yang memperolehi markah di bawah paras tiga bintang semasa audit keempat dan semasa pertandingan zon dan sudut 5S terbaik bulan lalu sebelum pra-audit MPC itu nanti.
Beliau juga menyeru dan mengingatkan warga PAJPM tidak mengambil mudah perkara ini kerana sikap seumpama itu boleh menyebabkan usaha ke arah persijilan itu gagal.
Pada mesyuarat itu, beliau bersetuju dengan draf taklimat laporan pelaksanaan amalan 5S PAJPM yang akan dibentangkan sendiri oleh beliau di hadapan panel pra-audit MPC nanti.
Turut hadir pada mesyuarat itu ialah Puan Halimah Hashim, SUB (K) selaku Timbalan Pengerusi JK Induk 5S.
Langgan:
Catatan (Atom)














