07 April 2011

Rombongan 5S JPNIN Teruja dan Kagum

Teruja dan kagum. Itulah reaksi spontan sebahagian besar ahli rombongan Jawatankuasa 5S JPNIN yang mengadakan lawatan kerja bagi meninjau pelaksanaan amalan persekitaran 5S di PAJPM pagi tadi. 

Rombongan pelawat tiba di Blok B8 tepat pukul 10.00 pagi disambut oleh AJK dan urus setia 5S PAJPM. Program dimulakan dengan sesi taklimat dan perkongsian pengalaman pelaksanaan 5S yang dipengerusikan oleh Puan Halimah Hashim, SUB Bahagian Khidmat Pengurusan merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Induk Amalan 5S PAJPM.

Pelawat kemudian dibawa melawat ke zon-zon untuk melihat sendiri hasil pelaksanaan amalan 5S. Rombongan sangat kagum dengan suasana pejabat dan ruang kerja yang kemas dan ceria. Mereka juga begitu teruja untuk mencontohi kaedah dan sistem pengurusan dokumen, bilik fail, stor aset dan inventori yang diselia dengan sistematik, tersusun dan mudah dicapai.

Warga PAJPM seharusnya bangga dengan pencapaian pelaksanaan amalan 5S yang telah mendapat pengiktirafan persijilan  MDC dan menjadi rujukan kepada agensi lain. Sama-samalah kita mengekalkan kecemerlangan dan berterusan mengamalkan 5S.

Foto sekitar lawatan JPNIN akan diupload kemudian...
       

1 ulasan:

  1. SYABAS!! teruskan usaha untuk PENGEKALAN Amalan 5S.
    Kerana dengan adanya lawatan agensi luar, 5S akan terus 'kekal'..SENTIASA AMAL..

    Mari berkongsi pengalaman 5S di blog SUKSES 5S!!

    BalasPadam